Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu membuatkan wajah Harris berubah dingin. Dari tadi dia menahan rasa rimas, akhirnya dia bangun dari katil.
Tok! Tok! Tok!
"Ishh bising betul lah!" Harris mendengus.
Dengan tubuh yang terasa berat dia memaksa dirinya bangun dari katil. Perlahan dia melangkah ke pintu.
Tok! Tok! Tok!
"Kejap la." Kata Harris rimas.
"Bukak pintu ni, Harris!" Suara papa yang dia sudah jangka di luar menjerit.
Harris mengeluh kasar. Pagi-pagi lagi mama dan papa mencarinya. Jam dinding dipandang sekilas. Oh, dah pukul 11 rupanya! Pintu rumahnya perlahan dibuka.
"Lambatnya bukak pintu. Harris ni tidur ke apa?!" Wajah papa sudah jelas marah.
"Mana ada tidur." Jawab Harris. Sejak dia ceraikan Zaileen tempoh hari, fikirannya semakin tumpukan kepada kehilangan Humaira. Tidur sudah tiada dalam rutin hariannya. Masanya di katil hanya termenung meratapi nasib.
Tanpa diundang, mama dan papa terus masuk ke dalam rumah. Mama perhatikan sekeliling rumah.
"Ya Allah bersepahnya! Harris! Kalau ya pun tengah bersedih, jangan jadi macam ni. Macam orang tak ada iman." Mama mula meluahkan rasa kecewa. Namun, tipulah hatinya tidak runtun melihat keadaan Harris yang seperti orang tidak sihat.
Barang Harris berselerak di ruang depan. Mujur hanya barang kerja. Ada beberapa pakaian hanya disangkut atas sofa. Mama tahu Harris tidak makan dalam keadaan begini. Kalau tidak mungkin dapur pun penuh sampah.
Harris terus menghenyak tubuhnya ke atas sofa. Malas nak menghiraukan kedatangan mama dan papa.
"Kami datang sini sebab risaukan Harris. Kami baru tahu rupanya Harris seminggu tak datang kerja! Apahal Harris ni? Mana kami tak risau. Bila telefon cakap okay je." Kata papa tegas.
"Mama sampai telefon Akeef tau. Dia kata minggu depan dia ambik cuti nak datang tengok Harris. See? Semua orang risaukan Harris." Pujuk mama.
Harris hanya mengeluh.
"Tapi bukan Maira." Balas Harris sinis.
Papa hanya menoleh melihat mama. Mama pula mengeluh panjang. Balik-balik nama Humaira yang dipetik.
"Boleh tak Harris pijak kat dunia realiti. Sedar sikit yang semua benda dalam dunia ni tetap berjalan. Selesaikan semua masalah Harris satu persatu. Kalau meratap je kat dalam bilik tu satu masalah pun tak selesai." Kata papa.
Harris hanya menjeling papa. Entah kenapa, sejak kejadian ini berlaku hatinya panas melihat papa. Kerana dia tahu, dia pernah melakukan hal yang sama seperti papa. Poligami. Cuma nasibnya terlalu buruk. Seperti satu mimpi ngeri. Ditipu untuk berkahwin. Ditambah pula ditipu untuk dijadikan pak sanggup.
"Harris, tengok mama. Mama tahu Harris diuji sekarang ni. Mama tahu Harris percaya ada hikmah semua ni jadi. So mama tak nak Harris give up. Harris tolong la pergi kerja. Jangan lupa Harris ada komitmen nak kena tanggung. Rumah Harris baru beli tu, siapa nak bayar?"
Harris mula mengangkat wajahnya. Hatinya sebak apabila mama menyentuh soal rumah pertama yang baru dibelinya. Rumah itu sebenarnya dia mahu membuat kejutan untuk Humaira. Sejak dia perasan Humaira seperti berubah dulu, dia tahu Humaira menyimpan perasaan apabila duduk bersama Zaileen. Dan kerana itu dia tekad membeli rumah untuk Humaira. Kononnya hendak gembirakan hati isterinya. Tetapi niatnya itu tidak kesampaian. Semua kerana kebodohan sendiri.
"Harris nak jual balik. Bukannya ada siapa nak duduk pun." Harris balas acuh tak acuh.
"Harris! Cuba istighfar. Jangan nak give up dengan semua benda." Papa mula meninggikan suara. Dia sendiri kecewa kerana tidak pernah melihat keadaan Harris seteruk ini.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...