71

8.4K 242 36
                                    

Seminggu kemudian....

Pin! Pin!

"Maira! Harris dah sampai!" Panggil Airin.

"Suruh dia masuk. Eh tak, suruh dia tunggu kat luar kejap." Balas Humaira dari tingkat atas.

"Tak apa. Aku pakai tudung lagi ni. Aku suruh Harris masuk lah." Kata Airin yang baru pulang dari tempat kerjanya masih lengkap berbaju kurung dan bertudung.

"Okay!"

Bibir Humaira tersenyum lebar mengetahui kehadiran Harris untuk mengambilnya. Selendang di kepala terus dililit kemas. Seperti yang mereka janji, setiap hujung minggu mereka akan berjumpa walaupun hari cuti mereka tidak sama. Kali ini baru mereka merasakan hubungan jarak jauh sebagai suami isteri, bukan lagi hubungan suami isteri yang hanya sekadar di atas kertas.

Airin terus ke depan pintu rumah. Dia lihat Harris bersandar di luar kereta sambil memerhatikan rumah mereka.

'Kat sini rupanya tempat menyorok sayang saya.' Bisik hati Harris.

"Harris masuk la dulu." Panggil Airin.

"Eh tak apa la." Harris menolak baik.

"Alah masuk je la. Nanti kau tidur dalam kereta kalau tunggu Humaira tu tengah bersiap. Biasa la nak bersiap untuk suami kan." Selamba kata Airin.

Harris hanya tersenyum lalu mengangguk. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu dibiarkan terbuka. Dia lihat Airin terus masuk ke dapur. Matanya terus melihat sekeliling. Rumah teres dua tingkat inilah menjadi rumah sewa Humaira dan Airin dan juga menjadi tempat Humaira membina hidup barunya selepas dilukai dulu. Perhiasan dalaman yang serba putih, ringkas dan tersusun itu sangat menenangkan. Hati Harris mula terasa sesuatu.

Airin muncul semula dengan membawa secawan teh.

"Nah Harris, minum la." Pelawa Airin.

"Laaa tak payah la Airin. Datang kejap je nak ambik Maira."

"Minum je la. Cukup syarat sebagai tetamu."

Harris tersenyum senget.

"Thank you." Harris mengambil cawan tadi.

Airin mengangguk. Keadaan sepi seketika antara mereka berdua.

"Airin."

"Hmm?"

"Aku nak cakap thank you."

"Untuk apa?" Airin menyoal hairan.

"Kau banyak tolong aku."

Airin terkedu. Memang dia banyak menjadi orang tengah kepada mereka berdua. Sejak dari universiti lagi. Dan dia sendiri senang untuk membantu membaiki hubungan mereka jika keduanya masih mahukan perkahwinan mereka berkekalan.

"Kau tolong aku sepanjang Maira kat hospital. Dan kau sebenarnya dah banyak tolong galas tanggungjawab aku jaga Maira sejak dia tinggalkan rumah tu. Aku tengok rumah ni, aku tahu Maira hidup selesa kat sini dengan kau. So thank you sebab ada dengan Maira selama ni."

"Tak la, Harris. Aku tolong Maira sebab dia kawan baik aku. Dan aku tolong kau sebab kau suami Maira. Aku tahu kau ikhlas nak betulkan kesalahan kau. Kalau tak, hmm bye. Aku terus sorok Maira la." Terus terang Airin membalas.

Harris tergelak kecil.

"Pandai kau sorok dia."

"Well." Airin mengangkat bahunya.

Ketika itu Airin terlihat beberapa biji bantal di atas karpet di depan ruang tv. Termasuk bantal panjang untuk ibu mengandung yang digunakan Humaira dulu terbiar di atas lantai. Spontan Airin terus mengangkat kesemua bantal itu sambil mengomel.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now