12

5.2K 233 6
                                    

Pagi itu, Humaira masuk ke dalam dewan kuliah dan menuju ke kerusi belakang seperti biasa. Dari jauh dia lihat kawan-kawannya sedang berbual rancak. Apabila dia semakin hampir dengan mereka, mereka serentak terdiam dan memandang Humaira.

"Dah kenapa korang tengok aku macam tu?" Humaira keliru.

"Maira, kau tahu tak update pasal budak-budak laki yang bergaduh kelmarin?" Iylia menyoal. Mereka semua tahu Harris terlibat dalam pergaduhan itu tetapi cuba mengelak dari terus bertanya Humaira tentang Harris.

"Emm tak tahu. Kenapa?"

"JDU dah buat decision semalam."

"Diorang kena apa-apa ke?

"Aah. Diorang kena denda mulai dari hari ni. JDU rasa susah nak kena gantung dah hujung semester. Tadi roommate aku yang Engineering tu cakap dia ada nampak diorang kena report duty kat situ pagi-pagi. Dia kata muka Dr Hilmi memang garang gila dengan diorang." Farah membalas.

Humaira dapat bayangkan wajah itu sama seperti dia berjumpa Dr Hilmi dulu. Dan mungkin lebih garang kerana kes pergaduhan ini lebih rumit kerana melibatkan ramai pelajar. Malah berlaku di dalam majlis.

"Nasib la. Siapa suruh buat hal. Nasib baik la dalam ramai-ramai tu takde budak fakulti kita." Iylia menyambung dengan wajah selamba.

"Kau memang tak tahu kenapa diorang bergaduh? Kau memang tak tanya Harris?" Syikin teragak-agak menyoal Humaira. 

"Tak." Humaira membalas pendek.

Bagaimana hendak ditanya, nombor Harris pun dah dibuang, chat dia dan Harris, call log semua sudah dipadam. Dan tak mungkin dia akan memulakan perbualan sejak apa yang sudah berlaku antara dia dan Harris selepas board meeting kedua tempoh hari.

"Aku dengar ada yang kata budak yang mulakan pergaduhan tu tengah bengang pasal final game bola sepak petang tu. Ada yang kata diorang memang tengah ada masalah peribadi lah." Iylia menyampuk.

"Masalah? Masalah apa sampai satu padang bergaduh?" Farah menyoal.

"Tak tahu la aku. Aku takde la pro sangat korek cerita. Kihkihkih." Iylia tersengih.

Perbualan mereka terhenti apabila pensyarah masuk ke dalam kelas. Perlahan tangan Humaira mula mengeluarkan pen dan buku notanya. Namun, fikirannya sudah melayang memikirkan keadaan Harris. Cepat-cepat dia menepis rasa risaunya.

'Fokus Maira. Kenapa aku nak kena risau pasal dia?'

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Dua tiga hari ini kecoh satu universiti ini dengan denda yang dikenakan terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam pergaduhan itu. Dari denda secara latihan fizikal, kerja sosial hinggalah mereka diwajibkan solat berjemaah di masjid universiti. Dan kesemua denda itu akan berulang hingga tiba peperiksaan akhir semester nanti. Betullah kata Dr Hilmi, kerana mereka berkelakuan seperti budak-budak, mereka dihukum pun seperti budak-budak.

Semua pelajar sudah mengetahui tentang denda itu. Ramai yang sudah melihat sendiri mereka sedang didenda di universiti ini. Ada yang terlihat ketika mereka sedang berlari di track larian, membuat plank di tengah panas, ada ketika mereka sedang mencuci tandas fakulti dan menyapu daun kering di taman blok pentadbiran, ada ketika mereka membersihkan kelas kuliah dan pelbagai lagi denda lain.

.

Ketika menunggu masuk waktu Maghrib, Firzanah berkerut memerhatikan Humaira. Dia perasan Humaira kelihatan sugul dan mengelamun sejak pulang dari bermain bola jaring.

"Maira, kau okay tak?" Firzanah menegur Humaira.

Humaira tersentak dari lamunannya. Dia memandang Firzanah.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now