30

5.6K 225 12
                                    

Humaira dari tadi memaksa diri untuk melelapkan mata. Namun masih gagal. Telefon di sebelahnya diambil. Dia lihat jam tepat 3 pagi. Dia melihat sekelilingnya gelap gelita. Selimut ditarik untuk menutup tubuhnya yang sejuk.

'Patut ke tak? Patut ke tak?'

Dari tadi Humaira resah kerana dia sedang menahan dirinya untuk ke tandas. Dia cuba menarik nafas untuk menenangkan dirinya. Namun, dia mengalah.

'Oh no. Aku memang kena pergi tandas.' Dia menggigit bibirnya.

Perlahan Humaira membuka stokin yang baru dipakainya malam ini lalu bangun dari tempat tidurnya. Dia tidur di atas lantai bersama Kak Linda dan Qalisha. Hati-hati dia berjalan tidak mahu Qalisha terjaga. Tangannya sempat mengambil selendang untuk menutup kepalanya. Saat pintu bilik dibuka, hanya cahaya suram dari luar cermin anjung sahaja yang menerangi tingkat atas.

Kakinya perlahan menuruni tangga. Dia dapat lihat lampu di ruang tengah rumah saja terbuka. Sempat dia mengintai di ruang depan. Penuh saudara mara lelaki mereka bergelimpangan tidur di situ. Mungkin mereka penat malam ini kerana membuat persiapan untuk majlis doa selamat esok.

Humaira terus melangkah ke arah dapur. Namun, saat hendak menuruni tangga, langkahnya terhenti. Berdebar hatinya melihat seluruh dapur gelap gelita. Dapur di dalam rumah ini agak besar dan tandas pula jauh ke belakang. Suis lampu pula berada di bawah.

'Huaaa! Gelapnya.' Humaira membuat wajah takut.

Dia menoleh ke belakang. Suasana rumah kampung itu terasa sangat sepi di tengah malam. Hanya bunyi cengkerik yang berjaga di luar. Sememangnya Humaira dari dulu takut membayangkan tinggal di rumah kampung pada waktu malam. Tambah pula pada jam beginilah sering dikaitkan dengan kisah seram. Bulu romanya mula meremang. Terus kakinya berpatah semula ke arah tangga. Dia rela menahan rasa terkucil dari perlu melalui dapur yang gelap itu.

Sebaik hendak menaiki tangga, Humaira sudah tidak dapat menahan. Kakinya mula menari-nari. Mukanya mula terdesak. Kau ni memang dasar penakut!

'Patut ke aku kejut Nani? Atau Kak Linda? Eeii menyusahkan orang betul la aku ni.'

Humaira cuba memberanikan dirinya. Dia pergi semula ke arah dapur. Tetapi langkahnya sekali lagi terhenti. Rasa seram serta merta muncul semula.

'Aku dah tak tahan masalahnya...' Dia sudah terduduk di situ masih cuba menahan. Dia cuba mengumpul keberaniannya. Tiba-tiba dia teringat seseorang. Terlupa pula punca dia boleh berada di rumah kampung ini.

'Harris!'

Bibirnya terus tersenyum senget. Kakinya terus melangkah laju ke ruang depan apabila teringatkan Harris. Dalam gelap gelita itu di cuba mencari Harris. Namun dia mula keliru apabila melihat semua dibaluti selimut masing-masing hanya berbeza saiz tubuh.

'Ingat senang cari Harris sebab dia tinggi tapi semua sama je. Diorang ni memang spesis tinggi-tinggi ke?' Humaira berkerut.

Akhirnya matanya tertumpu pada sekujur tubuh di hujung sekali berdekatan tiang. Kakinya terus menghampiri lelaki itu. Mujur ada ruang untuk dia mencelah. Dia terus mencangkung di sebelah lalu tersenyum melihat wajah Harris yang sedang nyenyak tidur.

'Aku dah pandai kenal suami aku. Terharunya! Ni kot orang cakap naluri isteri. Kahkah.' Tangannya siap mendakap di dada sambil tersenyum terharu.

Sudah selesai berangan, perlahan dia mendekatkan kepalanya di telinga Harris.

"Harris." Dia memanggil perlahan.

Harris masih tidur lena.

"Harris."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now