Handbrake di tarik kasar. Humaira merenung tajam kereta Harris dan Zaileen keduanya ada di parkir rumah. Hatinya masih kecewa sejak terdengar perbualan romantis mereka tempoh hari. Tambah semalam Harris tidak mengangkat panggilannya membuatkan dia marah pada Harris. Humaira sendiri berkecil hati kerana Harris tidak bertanya langsung keadaan ibu semalam.
"Ya Allah, kenapa la aku rasa marah sangat kat suami aku? Apa je aku boleh buat kalau Harris dah tak sayang aku?" Humaira meraup wajahnya.
Humaira mula keluar dari keretanya lalu menuju ke pintu. Pintu rumah dibuka dengan hati yang dingin. Namun, langkah Humaira terhenti seketika apabila melihat Harris bersama laptopnya di ruang tv.
"Assalamualaikum." Humaira memberi salam tanpa perasaan. Dia terus melangkah menuju ke dapur.
"Waalaikumsalam. Awak dah balik." Harris terus bergegas mengalih laptop ke atas meja.
Dia mengekori Humaira yang melangkah ke dapur.
"Sayang, how's ibu?" Soal Harris pada Humaira tentang keadaan ibu.
Namun, dia lihat Humaira tercegat di pintu dapur. Langkah Humaira mati apabila terlihat Zaileen sedang seronok menyuap aiskrim Ben and Jerry's perisa pistachio kegemarannya. Satu persatu Zaileen menyuap aiskrim yang dibelinya itu ke dalam mulut.
Hati Humaira panas menggelegak. Tangannya menggenggam kuat. Entah kenapa hati Humaira terlalu sakit melihat kelakuan Zaileen.
Humaira tidak pernah berkira untuk berkongsi makanan dengan perempuan ini. Tetapi sejak mengetahui perasan sebenar Harris pada Zaileen, apa saja Zaileen yang lakukan mula menyakitkan hati. Tambah lagi dia menyentuh aiskrim kegemarannya itu. Itupun cukup menyakitkan hatinya.
"Awak buat apa?" Humaira menegur hingga buatkan Zaileen tersentak.
Mata Humaira merah menahan marah. Tangannya terus digenggam sekuat hati cuba bersabar. Dia tahu jika dirinya yang baran dulu keluar, memang lebam wajah Zaileen dilempang.
"Saya....saya...makan aiskrim." Zaileen memberi jawapan bodoh.
"I can see that. Sebab tu saya tanya. Kenapa awak makan aiskrim tu?"
Wajah Zaileen mula berubah. Terkejut dia melihat wajah Humaira mula tegang. Harris yang tergamam melihat reaksi Humaira mula faham yang Humaira sedang marah Zaileen menyentuh aiskrim kegemarannya. Tapi takkan sebab aiskrim Humaira nak marah?
"Err sayang, saya yang bagi Zaileen makan aiskrim tu. Dia teringin. Saya pulak malas nak keluar malam ni. Tak apa kan?" Harris lembut cuba menyoal di sebelah Humaira.
Humaira terus menoleh dan merenung tajam wajah Harris. Bibirnya diketap geram pada lelaki itu.
'Asyik Zaileen je boleh teringin. Habis aku yang teringin, aku yang beli sendiri, orang lain pulak yang makan. Aku ni macam mana?!' Bisik hatinya yang sakit.
"Okay don't worry. Esok lepas kerja saya pergi beli baru." Harris cuba memujuk.
"Maira sorry. Saya ingat saya boleh makan. Saya simpan balik eh." Zaileen mula bersuara. Dia terus meminta maaf apabila keadaan mula kekok dan tegang.
Humaira mendengus sinis.
"Awak makan sampai habis dan buang sendiri. Saya tak nak ambik sisa awak." Humaira lemparkan kata pedas pada Zaileen.
Humaira menoleh semula pada Harris.
"Tak payah beli baru. Takkan sama dengan yang saya beli tu." Kata Humaira perlahan pada wajah Harris.
Tanpa memandang mereka berdua, Humaira terus berlalu pergi.
"Asyik-asyik aku yang beralah. Not this time." Humaira berkata sendiri sambil kakinya menaiki tangga. Tak kisahlah dia kelihatan tak matang marah pasal aiskrim. Ini semua soal hatinya yang sudah lama terluka pada layanan Harris padanya.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...