7

5.2K 223 13
                                    

Malam itu, Humaira tidak dapat lena. Hatinya berdebar dari tadi kerana memikirkan hari esok yang tidak dapat dia lari. Board meeting yang dia harapkan terbatal nampaknya tidak akan berlaku. Apabila dia melihat jam hampir 2 pagi, Humaira mencapai phone di sebelah katil. Dia membuka Whatsapp dan menaip sesuatu.

Humaira: Ibu, I can't sleep at this hour. I keep thinking about what's going to happen tomorrow. Maira nak mintak maaf kat ibu dengan ayah sebab dah menyusahkan ibu and ayah kena datang sini. I know I've said that for hundreds time. But I'm really sorry. Everything will be fine right? Okay ibu, see you tomorrow. Love you.

Humaira menghantar mesej itu kepada ibunya. Dia tahu ibunya sudah tidur. Ibu ialah tempat dia bermanja dan meluahkan masalah. Dia tahu ibu terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Tetapi dia tahu ibu juga terpaksa kuatkan hatinya bertenang kerana Humaira sendiri perlukan tempat untuk bersandar. Dan saat ini dia hanya teringat perasaan ibu dan ayahnya yang perlu menghadiri board meeting esok. Rasa bersalah tidak pernah hilang dalam hatinya.

Ting!

Humaira baru hendak menutup data phonenya, tiba-tiba ada bunyi satu mesej masuk. Dia melihat notifikasi yang terpapar di skrin.

Still not sleeping?

Humaira berkerut membaca mesej itu. Siapa pula yang hantar mesej begini tengah malam? Matanya beralih pada nama penghantar. Serta merta wajah Humaira berubah.

Harris (Your slap victim)

Humaira terus bangun dan duduk di atas katilnya.

'Harris?! Apesal aku ada nombor dia ? Kejap kejap. Bila masa aku save nombor dia dalam ni?!' Humaira berkerut.

(Your slap victim)

Dia meneliti perkataan itu. Humaira mengetap bibirnya menahan gelisah. Memang sah Harris yang menyimpan nombornya sendiri di dalam phonenya. Tapi bila?

Harris: Nervous ke? I hope everything will go well tomorrow.

Humaira hanya merenung mesej yang dihantar. Sejak kejadian malam itu, mengapa Harris sering muncul di depannya? Dan sekarang berani menghantar mesej padanya?

'Eii dia ni berdendam aku tampar dia sampai stalk aku ke apa?' Dia mula memikirkan niat Harris menghantar mesej sebegitu.

'Tak payah nak care kat aku sangat lah!'

Dia membuat muka dan terus menarik semula selimutnya. Malas nak melayan!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Hari yang penuh debaran akhirnya tiba. Perbicaraan kes Humaira dan Harris dalam board meeting Jabatan Disiplin Universiti bermula jam 10.30 pagi.

Ibubapa Humaira dan Harris sudah tiba awal pagi lagi dan telah berjumpa dengan Dr Hilmi. Mereka sempat berjumpa seketika sebelum berjumpa pagi itu. Kemudian kedua ibubapa mereka sudah memasuki bilik mesyuarat di Bangunan Pentadbiran.

Selepas perbincangan dilakukan, Harris diminta masuk ke dalam bilik itu. Harris dan Humaira tidak akan bertemu kerana mereka perlu berada di bilik lain secara berasingan. Hampir sejam kemudian, tiba giliran Humaira untuk masuk.

'Rabbi yassir wala tu'asir'
Tidak henti Humaira berdoa di dalam hati.

Perasaan gementar memasuki board meeting sama seperti hendak ditemuduga. Tetapi bukan untuk temuduga biasiswa atau cari kerja. Saat memasuki bilik itu, Humaira seolah dapat mendengar degupan jantungnya sendiri. Suasana di dalam bilik mesyuarat ini sangat dingin. Rasa seram? Ya, seolah dirinya menjadi defendan dalam perbicaraan mahkamah atas kesalahan yang berat.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now