69

6.5K 227 40
                                    

Dua hari kemudian...

Humaira menutup pintu biliknya. Dia terus menghenyak kasar punggungnya ke atas katil dengan wajah dingin. Hatinya geram saat ini. Perbualannya dengan ibu dan ayah tadi hanya berakhir dengan rasa kecewa.

"Tanyalah Harris sendiri. Harris tu suami Maira."

"Kali ni ibu tak nak tolong. Maira kena cakap sendiri dengan Harris."

Mulutnya mengeluh kasar. Ibu dan ayah memang malas melayannya bila dia menyoal tentang Harris. Sejak berjumpa dengan Akeef tempoh hari, hatinya tidak tenang. Dia mula merasakan Harris sudah membuat keputusan untuk meninggalkan dirinya.

"Aku yang patut buat keputusan dulu. Kenapa dia pulak?" Katanya sendiri.

Ego Humaira masih tinggi. Dia merasakan sepatutnya dia yang berada di kedudukan meninggalkan Harris. Kini dia terasa dirinya yang kalah.

Namun, peringatan Akeef tempoh hari buatkan dia semakin risaukan Harris. Harris sakit? Bila dipaksa berikan jawapan, Akeef hanya berlalu pergi. Sakit hatinya!

Humaira terus mencapai telefon di atas meja. Nama Harris terus dicari. Tiba-tiba tangannya terhenti.

"Ishh kalau aku telefon tanya dia kat mana, nampak sangat aku kisah kat dia!" Humaira mencampak telefon ke tepi lalu terbaring.

Dia menutup wajahnya. Bencinya perasaan ini. Ego melangit tetapi hati rasa mahu.

"Mama." Tiba-tiba Humaira mendapat idea.

Kali ini, dia buat keputusan untuk rendahkan egonya dengan menghubungi seseorang dari keluarga Harris. Humaira mencapai semula telefon lalu pantas dia menghubungi mama.

"Hello assalamualaikum, Aysha."

"Waalaikumsalam mama."

"Ya Aysha. Aysha sihat?"

"Aysha sihat ma. Mama sihat?"

"Sihat alhamdulillah."

"Emm mama. Aysha nak tanya sikit boleh?"

"Hmm? Eh mestilah boleh sayang."

"Err....pasal Harris." Suara Humaira jelas cuak. Nak tanya pasal suami sendiri pun cuak.

"Ooh. Kenapa Aysha?" Suara mama terdengar sedikit ceria. Mungkin gembira menantunya mula ambil tahu tentang anaknya.

"Mama, emm Harris ada kat mana sekarang ni?"

Mama seperti terdiam.

"Bukan apa. Akeef bagitahu Aysha Harris ada pergi somewhere. Aysha...Aysha cuma nak tahu Harris pergi mana? Harris.....pergi lama ke?" Tersekat-sekat suara Humaira.

Di sebalik telefon itu, bibir mama mula mengukir senyuman. Sekurang-kurangnya dia tahu Humaira mula mengambil berat tentang Harris.

"Harris tak bagitahu dengan Aysha ya?"

"Tak."

"Mama dah pesan suruh bagitahu Aysha. Harris dia pergi..."

Setiap saat mama hendak memberi jawapan, semakin membuatkan Humaira berdebar.

"...Pontian."

Humaira terus tercengang.

'Pontian je?!'

"Harris ada projek kat sana. Jadi dia duduk kat kampung papa la sementara kat sana. Berapa lama tu tak tahu lagi. Tengok la company dia nak dia stay berapa bulan."

"Oh kat Pontian. Emmm...Harris sihat ke mama?" Humaira menyoal lagi dengan penuh rasa ingin tahu.

"Hmm kenapa Aysha? Semalam Harris ada call mama. Tak ada pulak dia kata tak sihat ke apa-apa." Mama mula risau.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now