Petang itu, Humaira meluangkan masa dengan mengulangkaji untuk kertas peperiksaan terakhir esok. Namun Humaira akui tumpuannya agak terganggu mengingatkan pandangan mata pelajar lain padanya. Sama juga di perpustakaan tadi. Ada beberapa pelajar yang memandangnya ketika di pintu masuk. Tambah lagi tadi di kafe dengan sikap Harris yang tiba-tiba menegurnya. Begitu mudah seorang lelaki asing berjaya membuat hidupnya tidak tenang.
Ketika berjalan pulang ke hostel, Humaira cuba menepis fikirannya tentang Harris. Dia tekad untuk lupakan hal itu sekurang-kurangnya sehinggalah tamat kertas peperiksaan esok.
'Tak boleh jadi ni. Aku pulak serabut fikir pasal dia. Entah-entah dia tak risau apa pun.'
Saat Humaira melangkah masuk ke koridor sebelah kiri, tiba-tiba muncul lelaki yang baru berada dalam fikirannya tadi di depan mata.
"Hai!" Suara garau itu terus menegur.
Terbeliak mata Humaira melihat Harris di depannya. Dia pantas melihat kiri, kanan dan belakangnya. Memang dialah yang ditegur oleh Harris. Harris pula tersenyum lebar menegur Humaira. Di sebelah Harris ada seorang kawan sekelasnya.
"Dari library ke?" Harris menyoal.
Humaira berkerut kerana hairan dan melarikan wajahnya. Dia terus mengelak dan pantas kakinya berlalu dari situ. Harris yang hairan hanya menoleh melihat Humaira pergi.
'Dah kenapa pulak dia tiba-tiba depan aku?! Kenapa sebelum ni aku jarang jumpa dia kat universiti ni, tapi sejak haritu asyik jumpa dia je. Siap tegur pulak tu. Dia tak malu ke dengan aku sejak apa jadi malam tu? Siap kena tampar dengan aku. Memang tak patut aku rasa bersalah tampar dia haritu.'
Sepanjang Humaira melangkah pergi, dia menyumpah Harris dalam hatinya.
"Siapa dia tu?" Tegur Akeef, kawan sekelas Harris tadi. Dia sendiri hairan melihat Humaira yang tidak menjawab sapaan Harris. Siap mengelak lagi.
"Emm....someone who accidentally come into my life."
"Uish deep betul. Kejap! Kau jangan kata tu budak perempuan yang korang kena jumpa berdua malam haritu?!" Akeef menyoal dengan riak wajah terkejut.
Harris hanya mengangguk perlahan.
"Gilaaa! Patut la dia lari. Mestilah dia malu jumpa kau. Kau pulak pergi tegur macam tu."
"Kenapa pulak dia nak malu?" Harris tersenyum.
"Apa punya soalan la kau ni? Kau ingat dia malu sebab kau famous kat U kita ni ke? Bukan setakat malu, agaknya dia pun menyampah tengok kau dengan member karate kau. Kau pun satu. Tak bengang ke lepas kena tampar dengan dia?"
Harris merenung wajah Akeef. Dia menggeleng sambil tersenyum. Dia akui malam itu dia terkejut ditampar oleh Humaira. Rasa bengang itu asa ketika itu. Tetapi entah kenapa tiada lagi rasa marah pada gadis itu.
"Kau sengih apahal? Macam psycho je muka kau. Ni sebab lepas kena tampar lah ni. Tapi Harris, tambah pulak dengan student lain bergosip pasal korang tak pelik la dia lari macam tu dari kau. Dia mestilah tak nak orang bercakap pasal korang." Akeef membalas panjang.
Harris faham maksud Akeef. Dia sekilas menoleh ke belakang melihat Humaira yang berjalan laju semakin hilang dari pandangannya. Harris hanya tersenyum senget.
'Cute.'
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Hari ini hari terakhir peperiksaan pertengahan semester untuk Humaira. Jadual peperiksaannya pada jam 2 petang nanti. Humaira sudah bersiap jam 10 pagi lagi. Dia berniat hendak menghabiskan masa di perpustakaan universiti saja sementara hendak menunggu jam 2 petang ini. Bolehlah dia mengulangkaji buat kali terakhir sebelum masuk dewan nanti.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...