65

5.7K 219 48
                                    

Humaira mendengus geram kerana menyampah Harris di sini bersamanya. Dua hari tau, bukan dua jam. Nasib baik esok Harris bekerja. Tolak 10 jam. Arghhh!

"So doktor kata bila awak boleh discharge?" Harris menyoal. Cuba tidak membuat keadaan menjadi kekok.

"Tak tahu." Humaira membalas acuh tidak acuh.

Harris hanya mengangguk perlahan.

"Oh saya tak bawak makanan hari ni. Tak sempat masak. Tak apa ke? Lagipun awak kata tak sedap mana pun makanan saya kan?" Harris seperti menyindir semula.

"Aah tak kisah langsung. Bukan saya makan pun." Balas Humaira sinis tidak mahu kalah.

"Okay."

Ketika itu muncul seorang jururawat menghantar makan malam di atas meja Humaira.

"Dah boleh makan, Puan Humaira."

"Thank you." Kata Humaira lembut pada jururawat itu.

Harris tersenyum. Bila pula Humaira akan berlemah lembut dengannya?

"Nice timing. So hospital kasi awak menu apa hari ni?" Harris terus bangun menuju ke katil Humaira.

Humaira hanya berkerut masam. Sibuknya! Harris selamba membuka penutup pinggan di atas dulang.

"Wow! Ayam kunyit, sayur rebus. Not bad. Kenapa Airin kata awak tak suka makanan kat sini? Dia kata awak lagi banyak makan makanan yang saya bawak."

Humaira merenung tajam Harris di sebelah. Dia mengetap bibirnya. Airin ni memang nak kena! Sejak bila Airin jadi kaki report ni?

"Mana ada! Saya dah kata kan saya tak makan pun." Humaira mendengus.

"Okay. Makan la tengah panas lagi ni. Err nak saya suapkan?" Harris sengaja menyoal walaupun tahu soalan itu akan menyakitkan hati Humaira.

"Tak payah!" Humaira terus mengambil sudu dan garfu.

"Okay. Saya tak paksa. Saya pun takut sudu garfu pulak terbang kali ni." Balas Harris selamba.

"Awak ni kenapa eh? Memang datang sini nak sakitkan hati saya ke? Sebab tu saya kata tak payah datang."

"Mana ada. Saya datang nak ziarah isteri saya. Saya nak dapatkan pahala." Selamba Harris membalas.

Ketika itu keadaan sunyi sepi seketika. Kata-kata Airin sekali lagi muncul dalam fikirannya. Harris datang ke sini kutip juga pahala. Dia pula? Hanya kata-kata kasar dilemparkan pada suami yang memegang syurganya.

"Nevermind. Saya tak kacau awak sampai awak habis makan. Awak boleh makan dengan tenang." Harris sempat mengambil remote tv di tepi Humaira lalu terus ke sofa semula.

Humaira hanya memerhatikan tindak tanduk Harris. Harris memang sama seperti dulu. Tidak makan saman kalau niat nak menyakitkan hatinya. Dah la suka hati tukar channel tv!

Makanan di atas meja terus dijamah. Satu persatu suapan masuk ke dalam mulut. Sedap makanan hari ini tapi sedap lagi kalau dapat makanan dari luar. Tapi apakan daya, dia sendiri masih berpantang dan ibu sendiri sudah pesan supaya menjaga makan ketika sedang sakit.

Tangan Humaira terhenti. Dia menoleh melihat Harris di sofa. Dia perhatikan lama lelaki itu.

'Zaileen ni tak bagi dia makan ke?' Bisik hati Humaira.

Tubuh Harris jelas susut berbanding kali terakhir dia meninggalkan lelaki itu. Wajah Harris kelihatan letih. Sepanjang dia meninggalkan Harris, tidak ada satu pun berita tentang Harris dan Zaileen sampai padanya. Dia sendiri yang tidak mahu dengar nama mereka dari mulut sesiapa. Hatinya tertutup rapat dari Harris.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now