33

4.8K 245 28
                                    

Humaira merenung Harris. Dia menanti jawapan yang dia tunggu selama ini. Kenapa lelaki ini sanggup mengahwini perempuan tak dikenali sepertinya?

"Because I like you." Jawab Harris pendek.

"I like you Aysha Humaira."

Jawapan itu terus membuatkan Humaira tergamam. Seluruh tubuhnya mula terasa sejuk. Sukar hendak percaya jawapan 'mudah' lelaki itu.

"Crazy jerk." Kata Humaira perlahan. Hatinya semakin panas kerana menganggap Harris tidak serius dengan kata-katanya.

Harris memandang tepat mata Humaira. Tersentap dengan jawapan Humaira.

"Crazy? Yes Maira, I'm that crazy. I am the guy who is crazy enough to make decision to marry a girl just simply because he likes her. Our parents' decision was important to me, but that came second. Marrying you and end all the mess came first."

"Stop your bullshit, Harris. Awak ingat saya nak percaya cakap awak?" Humaira menolak mentah-mentah jawapan gila Harris.

Harris hanya mendiamkan diri membuatkan Humaira menyambung.

"It was impossible! Awak tak kenal saya dan saya tak kenal awak. So stop spitting your nonsense." Humaira menggenggam tangannya sekuat hati. Saat ini dia hanya takut Harris mempermainkan hati perempuannya, sama seperti Iqram. Cukuplah hatinya terluka disebabkan Iqram dulu.

Harris semakin panas dengan Humaira yang menolak pengakuannya. Dia mula fed up. Dari dulu Humaira asyik mengatakan nustahil untuk mereka berkahwin kerana tidak kenal. Harris memegang kasar bahu Humaira membuatkan Humaira tersentak.

"Nonsense? Stop cakap yang saya tak kenal awak."

Humaira berkerut tidak faham maksud Harris.

"I noticed you, Aysha Humaira!" Suara Harris bergema di bilik itu. Dia geram Humaira sering menjadikan alasan itu untuk dia menjauhi dirinya.

Wajah Humaira jelas terkejut tetapi dia cepat menepis segala perasaan dalam hatinya. Dia cuba melepaskan dirinya tetapi gagal. Tangan Harris terlalu kuat untuk dia melawan. Dia lihat wajah Harris semakin dingin.

"Saya tahu kewujudan awak dari awal lagi, Maira. Those days when most of the girls were looking at me, but not you. That's how you asked me to look at you. You weren't the same as the others. Sejak tu saya tahu kewujudan awak. Saya tahu setiap minggu, at least dua kali saya akan berselisih dengan awak kat mana-mana. Tapi saya tak pernah dapat tahu awak course apa, fakulti mana. We don't have anything mutual for me to get to know you. Hari yang awak tersilap ambik assignment saya, saya tak tahu kenapa saya happy. Maybe sebab dapat cakap dengan awak walaupun seminit. And because of that one minute, I knew that I like you. And on that tragic night, thanks to your slap, I like you even more. And you keep saying you don't know me? I fed my own ego by making sure you know me, Maira!! Sebab tu dulu saya tak pernah stop cakap dengan awak walaupun awak tak suka!!"

Jantung Humaira berdegup kencang saat mendengar luahan hati Harris. Walaupun mata Harris merenung tajam wajahnya, dia kelihatan ikhlas menceritakan segalanya. Tetapi masih sukar untuk Humaira percaya.

"Stop, Harris." Dia hanya menggeleng perlahan dan mahu Harris berhenti. Dia terus bergelut hendak melepaskan dirinya dari pegangan Harris.

"Awak tahu kan saya takkan stop. Dan hanya sebab itu saya berani buat keputusan gila ni. Waktu tu saya yakin yang saya akan cintakan dan bahagiakan awak. Saya memang nak beritahu awak pasal plan saya ke Australia. Tapi tak semudah apa yang saya rancangkan bila awak tak boleh terima langsung diri saya. Awak masih terus benci saya. Saya hampir putus asa, Maira. Tapi saya teruskan jugak dengan alasan saya akur keputusan parents kita. Selfish kan saya ni? Tak cukup dengan tu saya tinggalkan awak untuk ke Australia. Semua sebab saya ni pengecut, tak mampu suarakan isi hati saya dan hanya mahukan awak dapat hidup seperti dulu tanpa kewujudan saya di depan mata awak! Sebab itu yang awak nak!!" Wajah Harris mula merah.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now