Jam sudah menghampiri 2 pagi. Harris laju menuruni anak tangga hendak menuju ke dapur. Seperti biasa, kerana kehendak Zaileen yang mahukan air suam dia gagah juga melayan tengah malam begini. Namun, langkah Harris mati apabila terdengar suara seseorang seperti sedang menangis dari tingkat bawah.
"Tskk...tskkk..."
Bulu roma Harris berdiri. Dia hanya terus melangkah. Lelaki kan, kenalah berani. Dia lihat cahaya suram sedang menerangi tingkat bawah. Barulah dia lega kerana pasti Humaira yang berada di bawah. Tapi kenapa pula Humaira menangis?
"Laaa awak buat apa ni? Makan megi?" Harris tersenyum menegur. Ingatkan menangis tadi. Rupanya tengah hirup mi segera.
Humaira yang terkejut terhenjut bahunya tidak perasan kedatangan Harris. Tetapi ketika Harris menghampiri Humaira, senyumannya terus mati. Wajah merah Humaira dilihat.
"Awak makan megi pedas eh?" Soal Harris apabila lihat semangkuk mi berwarna merah yang sedia tahu mi segera itu terlalu pedas.
Humaira hanya diam. Dia menjeling Harris.
'Alamak Harris ni, sibuklah.' Getus hatinya. Hatinya masih belum pulih dari kekecewaan tempoh hari.
"As u can see."
"Sayang. Kenapa makan megi pedas macam ni? Tengah malam pulak tu." Soal Harris dengan wajah risau.
"Saja, saya lapar." Balas Humaira selamba sambil mengelap hingus yang meleleh.
"Kenapa tak makan benda lain? Biar saya masakkan untuk awak."
"Tak payah la susah-susah. Saya yang teringin." Jawab Humaira cuba menahan nada dingin. Mata Humaira hanya memandang mi segera di depannya.
"Teringin? Fine tapi jangan la makan time tengah malam macam ni. Saya risau perut awak sakit." Balas Harris. Dia masih peka dengan masalah gastrik Humaira.
"Risau? Tak payah la risau. Perut saya, biarlah saya yang risau." Balas Humaira tanpa sedar dia berkata seperti menyindir.
Harris tergamam. Nada Humaira itu agak menggores hatinya. Harris tahu beberapa hari ini mood Humaira seperti ada yang tidak kena. Nak kata merajuk tak juga. Kalau Humaira merajuk, satu perkataan pun tak keluar dari mulutnya. Tapi Humaira seperti menyimpan sesuatu dalam hati. Dan inilah diri Humaira dulu. Nampak seolah hati kerasnya sudah kembali.
"Maira, kenapa awak cakap macam tu dengan saya?"
"Apa? Betul la. Awak jangan la risau. Saya tak nak awak susah hati sebab risaukan saya."
"Saya suami awak mestilah saya risau. Dan saya suami awak. Kenapa cara awak cakap macam tu?"
"What?"
"Saya tak tahu kenapa awak macam bad mood beberapa hari ni. Saya ada buat salah ke?"
Humaira hanya mendiamkan diri.
"Kalau saya ada buat salah bagitahu la. Jangan la diam, tiba-tiba marah macam ada tak kena je."
"Awak ni kenapa? Saya ada marah awak ke?" Humaira mula memandang Harris. Baru nak enjoy makan mi segera sambil tonton drama bersiri You. Kena kacau pula.
"Tak. Tapi awak macam....moody je. Cakap dengan saya pun nak tak nak."
"Ye ke? Saya rasa biasa je." Matanya hanya memandang skrin tv.
"Baby..." Suara Zaileen tiba-tiba muncul memanggil Harris dari tingkat atas.
"Someone needs you." Humaira mengangkat kening dengan sinis.
Harris menggigit bibirnya. Melihat wajah Humaira itu, dia yakin satu perkara. Harris mula rasakan yang Humaira mungkin cemburu dengan Zaileen yang sedang mengandung. Tapi kalau ditanya pasti boleh jadi pergaduhan besar.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...