68

6.2K 226 46
                                    

Humaira memerhatikan kanak-kanak lelaki comel di depannya. Bibirnya tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu bersama ibunya. Namun, semua itu hanya sementara. Senyuman Humaira mati apabila kanak-kanak itu melakukan perkara tidak diduga.

"Eehhh!!" Humaira menjerit. Dia terus berlari ke arah kanak-kanak lelaki yang meluru ke tengah jalan raya.

Bannggg!!!

"Allahuakbar! Rayyan!!!" Suara jeritan itu sangat kuat hingga berdesing di telinga Humaira.

Humaira terus memejamkan mata terasa dirinya dihentak kuat dan tercampak di atas jalan raya. Nafasnya semakin sempit. Langit di atas semakin kelam. Dia seolah yakin inilah saat nyawanya akan diambil oleh Allah. Matanya cuba mencari pertolongan di sekelilingnya. Dia hanya sempat melihat pada cermin kereta yang melanggarnya.

Harris. Itulah lelaki yang mahu membunuhnya dan zuriatnya.

"Anak aku." Bisik Humaira seolah teringat anak dalam kandungannya.

Tangannya yang menggeletar terus memegang perutnya. Rasa sakit semakib membuak menikam perutnya. Naik turun dada Humaira mencari nafas dan dia semakin risau dengan bayi dalam kandungan ini. Namun, semakin pucat wajahnya apabila terasa tangannya memegang cecair suam.

Mata terus melihat darah mengalir di bawah tubuhnya. Tangannya tadi sudah dipenuhi darah.

"Anak saya! Tolongg!"

Namun, tiada siapa di sekelilingnya. Dia lihat semula pada kereta tadi. Harris sudah tiada di situ. Jalan raya hanya sunyi sepi.

"Anak saya!!! Tolong! Tolong!!" Dadanya semakin sempit.

"Haaah!!" Mata Humaira membutang terbuka.

Dia terus terduduk. Naik turun dadanya kerana berdebar. Peluh sudah menitik pada dahinya.

"Ya Allah. Astaghfirullahal'azim." Humaira tak henti istighfar.

Dia cuba mengawal nafasnya untuk bertenang. Itu cuma mimpi, Humaira. Bertenanglah.

Humaira menekan suis lampu tidur di sebelah katil. Tangan Humaira perlahan menarik bajunya. Perut pembedahan itu masih jelas pada kulitnya.

"Semua tu mimpi, Maira. Baby kau memang dah tak ada. Accident tu bukan benda yang berulang. Everything is okay now. Don't worry, Maira." Kata Humaira perlahan cuba menenangkan dirinya.

Namun, dia tidak dapat menipu dirinya. Rasa sebak tetap memenuhi hatiny saat ini. Air mata mula bertakung dan tidak dapat lagi ditahan. Akhirnya Humaira melepaskan tangisan dan rasa sedih yang meruntun hatinya pada malam ini.

.

Humaira menyapu wajahnya dengan tangan yang ditadah tadi. Lama dia berdoa memohon petunjuk pada Allah. Jam di dinding dipandang sekilas. Pada waktu 4.00 pagi begini, orang lain masih lena tetapi Humaira bangun untuk tunaikan solat sunat termasuklah istikharah. Saat ini hidupnya bercelaru. Dia hanya mahukan petunjuk untuk keluar dari kebuntuan ini.

Air mata dilap dengan telekungnya. Hatinya sebak. Dia dapat rasakan dirinya rapuh ketika ini. Untuk membuat keputusan dalam rumahtangganya bukanlah satu perkara yang mudah seperti dianggap orang lain. Banyak hati yang perlu dia jaga walaupun dia tekad kali ini dia mahukan hatinya yang tenang dan bahagia.

Tapi betulkah dia akan bahagia apabila berpisah dengan Harris nanti dan mulakan hidup baru?

Dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Hatinya betul-betul bergantung pada Allah yang Maha Merancang.

"Saya tahu awak marah saya ada depan mata awak. Tapi jangan pasal ni boleh affect kat jawapan awak pasal kita. Please don't."

"Saya bagi awak masa lagi. Jangan buat keputusan lagi, please."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now