66

6.2K 211 32
                                    

Tok! Tok!

Mata Humaira terus beralih ke arah pintu. Dia lihat Zaileen muncul di depannya setelah beberapa bulan mereka tidak bersua. Wajah Zaileen kelihatan sugul.

"Assalamualaikum Maira."

Zaileen terus ke sini selepas Humaira menelefonnya tadi. Humaira tekad meminta penjelasan dari Zaileen atas apa yang berlaku. Hancur hatinya apabila Zaileen mengakui segala kesilapannya selama ini. Dia memang terperangkap dalam penipuan Zaileen. Dan yang paling dia kesal, dia sendiri menggadai Harris untuk turut masuk ke dalam perangkap Zaileen.

"Maira." Air mata Zaileen terus tumpah tanpa disuruh.

"Saya mintak maaf sangat. Saya mintak ampun sangat, Maira. Saya cari awak selama ni tapi saya tak jumpa."

Humaira hanya mendiamkan diri. Dia biarkan Zaileen tenggelam dalam drama pilunya.

"Saya berdosa. Saya tipu awak dengan Harris. Dan apa yang saya cerita tadi semua betul. Selama kita duduk serumah pun, saya memang tak tenang sebab takut kalau hal ni terbongkar. Tapi hari demi hari, saya rasa cemburu tengok Harris dengan awak. Saya yang memang nak dia jauh dari awak. Masa ibu awak demam tu, saya yang delete semua call awak sebab tak nak Harris balik ikut awak. Tapi benda jadi buruk bila.....Harris terlalu marahkan awak sebab saya."

"Bukan itu yang awak nak?" Akhirnya Humaira bersuara.

Zaileen menggeleng.

"Saya mengaku banyak silap dan dosa saya pada awak dah Harris. Sebab tu saya nak mintak maaf. Saya nak pulihkan keadaan."

"Pulihkan keadaan? Benda ni takkan pulih, Zaileen." Balas Humaira tenang.

Dia melarikan matanya ke arah tingkap. Tubuhnya menggigil. Ikutkan rasa marah dan kecewanya, ingin dia tampar dan sakiti perempuan itu. Tetapi, untuk apa? Luka pada hatinya tetap tidak akan pulih. Anaknya sudah tiada dan tidak akan kembali.

"Apa awak buat ni satu kesilapan yang terlalu besar. Awak takkan faham apa yang saya lalui selama ni. Saya sendiri tak dapat bayang apa yang Harris rasa masa awak bagitahu semua ni. Dia sayangkan awak. Dia percayakan awak, Zaileen."

Semakin kuat esakan tangisan Zaileen.

"Dan awak hancurkan hati suami saya. Lelaki yang saya belajar untuk sayang dan cinta walaupun saya tahu ada perempuan lain yang berdendam dengan perkahwinan kami. Cuma saya tak sangka, sejauh itu awak bertindak untuk dapatkan Harris. Awak yang tersilap langkah, orang lain pulak merana. Sekali lagi awak dah buktikan kat saya kenapa Harris tak pilih awak dulu, Zaileen."

Zaileen merenung Humaira. Pedih sindiran itu tetapi dia terima segala luahan Humaira. Dia sedar dosa yang lakukan tidak setanding dengan kata-kata ini.

"Saya bayangkan saya boleh bahagia semula dengan Harris bila ada baby tapi...saya dah hilang baby saya, Zaileen. Dan Harris sendiri jadi punca saya kehilangan baby ni. Saya sampai fikir Harris bunuh anak saya sebab dia rasa saya yang tolak awak dulu. Sampai macam tu dia fikir buruk pasal saya sebab terlalu sayangkan awak dengan baby awak." Humaira tergelak sinis.

"Saya mintak maaf, Humaira." Bergetar suara Zaileen masih memohon maaf.

"Tapi saya tahu saya tak boleh salahkan Harris. Sebab ni susunan Allah untuk saya dan dia. Saya tahu Harris pun dihantui rasa kesal. Cuma...saya terlalu terluka, Zaileen. Saya dah bagitahu Harris yang saya nak bercerai dengan dia."

Wajah Zaileen berubah semakin pucat. Dia takut dirinya menjadi punca penceraian Harris dan Humaira. Dia akui memang itu yang dia mahukan dulu. Tapi tidak lagi.

"No! Maira tolong. Jangan mintak cerai dengan Harris. Tolong, Maira!" Zaileen terus menghampiri Humaira.

"Bukan itu yang awak nak dari empat tahun lepas?"

HUMAIRAWhere stories live. Discover now