Tiga hari kemudian...
"Assalamualaikum." Harris memulas tombol rumah kondominium Zaileen.
Dia melihat sekeliling mencari kelibat Zaileen. Rumah kondo ini milik Zaileen sepenuhnya selepas dihadiahkan oleh bapanya. Jadi selepas berkahwin, Zaileen mengajak Harris tinggal bersamanya atas alasan tak mahu Harris rasa terbeban mencari rumah lain.
Harris memasuki bilik tidur mereka. Dia terlihat Zaileen sedang terbaring dengan wajah pucat. Rasa risau memenuhi hatinya.
"Zaileen, u okay tak?" Soal Harris risau. Dia terus melangkah menghampiri Zaileen.
"U dah balik?" Zaileen dengan lemahnya terus bangun.
"Muka u pucat. U sakit mana-mana ke?"
Harris terus duduk bersebelahan dengan Zaileen. Dia sering mengingatkan dirinya tentang keadaan kesihatan Zaileen. Walaupun pada mulanya dia tidak rela dengan perkahwinan ini, dia cuba betulkan niatnya berkahwin dengan Zaileen. Dia mahu Zaileen dijaga sepanjang hidupnya.
"I okay. Jangan risau. Memang biasa macam ni." Jawab Zaileen sambil menegakkan tubuhnya sambil cuba tersenyum.
"U pergi kerja ke hari ni?" Wajah Harris jelas risau.
"Yes. I'm totally fine okay, baby?" Zaileen mula merangkul leher Harris.
Bibirnya tersenyum melihat wajah itu di depannya. Hatinya tenang rasa bahagia disamping Harris. Tiga hari ini dia rindukan Harris yang tiada di sisinya.
"Can I hug you?" Soal Zaileen sambil merenung mata Harris.
Harris mulanya terdiam lama. Akhirnya dia mengeluh sendiri dan mengangguk. Zaileen tersenyum. Dia terus memeluk kemas lelaki ini. Perlahan tangan Harris turut memeluk tubuh isterinya ini.
Tiba-tiba, Zaileen seperti tersentak. Dia menolak perlahan tubuh Harris. Harris sendiri terkejut dengan tindakan Zaileen. Wajah Zaileen seperti panik lalu terus turun dari katil.
"Kenapa ni?"
Zaileen terus berlari menuju ke bilik air. Harris yang risau melihat Zaileen turur bergegas ke bilik air.
"Uweekkk!!" Bunyi Zaileen memuntahkan isi perutnya bergema memenuhi bilik air.
Tangan Zaileen memegang sinki dan sebelah lagi memegang perutnya. Sakit hendak memaksa isi perut keluar.
Harris terkedu melihat keadaan Zaileen. Terus dia merapati Zaileen dan menepuk perlahan belakang tubuh itu. Ini kali pertama dia melihat Zaileen sebegini. Biasanya Zaileen hanya mengadu pening kepala sahaja. Hatinya mula rapuh melihat Zaileen yang menderita penyakit ini.
"Kita pergi hospital eh?" Kata Harris. Tangannya masih menepuk tubuh itu.
Zaileen terdiam. Dia terus membasuh wajahnya. Perlahan dia menoleh memandang Harris. Dia tahu lelaki itu risau tentangnya.
"No need. I ada ubat lah." Zaileen hanya tersenyum.
"Bila lagi next check up? Hari apa?" Harris menyoal sambil memapah Zaileen ke katil.
"Hmmm...next two weeks. Err...Rabu rasanya."
"Okay. Boleh I teman u pergi jumpa doktor."
Zaileen terkedu.
"Baby, you don't have to. I pergi dengan mama je. Mama yang biasa teman I."
Harris berkerut apabila Zaileen seperti tidak memerlukannya. Dia mula rasakan egonya sebagai lelaki tercabar.
"Tapi sekarang I dah jadi suami u kan? Biar la I pulak teman. At least i tahu la pasal progress penyakit u ni."
Zaileen hanya mengeluh panjang. Dia merenung lama suaminya. Bibirnya mula tersenyum. Tangannya mula membelai wajah Harris.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...