45

3.8K 157 62
                                    

Humaira keluar dari bilik tidurnya selepas selesai solat Maghrib. Hari ini dia pulang lewat dari tempat kerjanya. Jadi agak letih malam ini. Belum sempat kakinya menuruni tangga, teringat pula penghuni baru dalam rumah ini. Humaira terus menuju ke bilik tetamu.

Tok! Tok!

"Ya Maira?" Suara Zaileen menyahut.

"Saya buka pintu eh?"

"Okay."

Humaira terlihat Zaileen yang terbaring di atas katil.

"Awak nak makan apa malam ni?"

"Emm...saya tak kisah. Awak nak masak ke?"

"Tak la. Saya order je kot sebab tadi saya tak keluar apa-apa dari freezer. Takut lambat kita makan. Sebab tu saya tanya in case awak ada teringin nak makan apa-apa." Balas Humaira sambil tersenyum.

"Okay, saya ikut je awak nak order apa-apa."

Humaira mengangguk. Dia perhatikan Zaileen yang kelihatan letih. Tangannya mengusap perutnya yang mula kelihatan. Hari ini Zaileen tidak ke tempat kerja. Katanya tidak sihat. Timbul rasa kasihan dalam hati Humaira. Sudahlah menderita penyakit barah, nak menanggung letih mengandung. Moga Allah balas beban Zaileen ini dengan kebahagiaan di alam sana.

"Zaileen, esok awak kerja ke?" Humaira menyoal.

"Emmm...tak." Zaileen seperti teragak-agak membalas.

"Ooh." Humaira mengangguk.

Zaileen melihat wajah Humaira. Dia risau jika Humaira membuat andaian sendiri. Ya lah, selepas ini hari-hari dia akan cuti. Nampaknya dia tekad untuk berterus-terang.

"Humaira. Sebenarnya kan..." Zaileen mula duduk.

"Sebenarnya saya dah resign minggu lepas."

Wajah Humaira berubah.

"Saya dah bincang dengan Harris pasal ni. Harris izinkan saya berhenti kerja sebab risau dengan kesihatan saya. Jadi lepas ni saya memang tak kerja."

"Ooh." Kali ini nada Humaira seperti hampa. Hampa dia tidak mengetahui hal ini.

"Awak okay kan, Maira?"

"Eh kenapa tanya saya pulak? Saya tak ada kaitan untuk awak buat keputusan." Humaira cuba tersenyum.

"Saya takutlah kalau awak rasa saya ni menyusahkan Harris. Ya lah, Harris kena tanggung saya sepenuhnya lepas ni."

Humaira terkedu. Tidak pula dia fikir hingga ke situ. Dia cuma kecewa Harris tidak memberitahunya hal ini. Tetapi kini dia tahu beban Harris semakin berat ke arah Zaileen. Dia perlu beringat agar tidak menyusahkan Harris. Bibir Humaira masih cuba tersenyum.

"Eh saya tak rasa macam tu. Kalau Harris setuju, maksudnya dia mampu tanggung awak. Awak tak payah risau lah. Saya sendiri pun boleh tolong awak kalau awak perlukan apa-apa."

Zaileen hanya mengangguk tersenyum. Lega Humaira memahaminya.

.

"Zaileen, okay ke makanan ni?" Humaira menyoal.

Dari tadi dia lihat Zaileen menguis nasi goreng kampung yang dipesan tadi.

"Okay. Cuma saya kot tak sedap perut."

"Ooh. Awak tak selesa ke? Rasa nak muntah?" Humaira mengambil berat.

"Eh tak, Maira. Sebab saya asyik muntah jadi lidah saya pun rasa pahit. Perut pun pedih je."

"Ooh. Hmm awak ada teringin nak makan apa-apa tak? Mana tahu awak berselera sikit nak makan."

"Tak apa, Maira. Saya makan ni je." Zaileen menolak sopan.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now