56

5.2K 204 84
                                    

Suasana sesak di bahagian kecemasan membuatkan fikiran Humaira semakin bercelaru. Setiap kali doktor atau jururawat lalu di depannya, setiap kali itu dia bangun untuk mendapatkan jawapan. Namun, tiada daripada mereka yang bertugas merawat Zaileen. Mata Humaira tidak lekang dari pintu bilik rawatan tertutup di mana Zaileen berada.

'Ya Allah. Tolong selamatkan Zaileen, ya Allah. Kaulah Maha Melindungi. Kau lindungilah Zaileen dari apa jua perkara buruk dan menyakitkan.' Hatinya tidak henti berdoa.

"Maira!" Suara Harris muncul.

"Sayang." Humaira membalas lemah. Dia terus bangun menuju ke arah Harris yang sudah memasuki ruangan waris menunggu.

"Mana Zaileen?" Soal Harris.

"Kat dalam bilik tu."

Humaira sempat membaca wajah itu. Wajah Harris penuh kerisauan dan kesedihan. Jantung Humaira berdegup laju kerana ketakutan. Dari tadi rasa takut membuak hendak menceritakan perincian kejadian tadi.

"Saya nak tengok Zaileen." Harris terus melangkah.

"Tak boleh masuk, awak. Diorang tak kasi kita masuk." Humaira cuba menghalang.

"Kenapa?!" Tiba-tiba Harris mula meninggikan suara.

Humaira terkedu mendengar nada itu. Dia faham Harris terlalu risau.

"Diorang tengah bagi rawatan kat Zaileen. Nanti diorang datang jumpa kita kat sini." Humaira cuba memberi penjelasan.

"Saya tak kisah. Saya nak tengok Zaileen." Harris menolak tangan Humaira di lengannya.

Ketika itu, Humaira terasa pedih dengan tindakan Harris. Dia biarkan saja Harris melangkah. Namun, dua orang doktor keluar dari bilik rawatan itu. Langkah Harris terhenti. Dia menoleh melihat mereka itu terus menuju pada Humaira yang dikenali sebagai waris tadi.

"Cik."

"Doktor. Macam mana isteri saya doktor? Anak saya macam mana?" Bertalu soalan Harris pada doktor lelaki itu.

"Ini suami Puan Zaileen ya?" Doktor itu menyoal Humaira sekilas.

Humaira mengangguk.

"Encik ni Doktor Kamal, pakar O&G. Pakar yang in charge isteri encik tadi." Doktor itu memperkenalkan seorang doktor di sebelahnya.

Humaira semakin risau melihat wajah mereka seperti kesal.

"Macam ni encik. Kita dah buat pemeriksaan atas isteri encik. Alhamdulillah keadaan isteri encik tak kritikal. Tapi kita sekarang risaukan masalah darah Puan Zaileen yang kurang. Cuma keadaan baby dalam kandungan..." nada doktor pakar itu berubah rasa bersalah.

"Kenapa dengan baby saya doktor?" Harris semakin resah apabila doktor menyebut tentang bayinya.

"Waktu sampai tadi degupan jantung baby dah sangat lemah. Dan kami mintak maaf sangat, sekarang baby encik dah tak ada. Kami dah cuba buat yang terbaik untuk selamatkan kedua ibu dan baby." Doktor itu cuba memberi penjelasan dengan tenang.

Seolah rasa dunia ini gelap, kaki Harris mula terasa lemah mendengar berita itu. Naik turun dadanya dengan rasa sebak mula membuak. Humaira di sebelah tergamam dan tidak percaya. Tangannya menggeletar kerana tidak menyangka peristiwa tadi memberi kesan begini.

"Doktor, doktor memang tak...tak boleh langsung ke selamatkan lagi anak saya?" Suara Harris bergetar.

"Maaf encik. Macam apa cik Humaira cakap tadi, mungkin tubuh Puan Zaileen jatuh dalam keadaan terhempap. Setengah kes trauma macam ni memang boleh bahayakan bayi." Doktor itu membalas.

Harris terus terduduk di atas kerusi. Air mata mula bertakung. Dia tidak dapat menerima perkara buruk yang terjadi hari ini. Tangannya menggeletar.

"Sekarang saya nak mintak persetujuan encik untuk kami lakukan prosedur keluarkan baby."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now