62

5.9K 207 22
                                    

Petang itu, seperti biasa selepas kerja Airin terus ke hospital di mana Humaira berada. ICU di tingkat 3 itu sudah biasa dia tuju untuk melihat keadaan Humaira.

"Eh?" Airin terkedu melihat Firhad berada di kaunter ICU.

"Airin, assalamualaikum." Firhad yang sedang berdiri tersenyum.

"Waalaikumsalam."

"Awak dah habis kerja ya?" Soal Firhad.

"Aah. Saya memang dari tempat kerja saya ni. Awak tengok Humaira jugak ke?"

"Yup."

"Thank you Firhad tengokkan Maira setiap hari. Padahal bukan patient awak. Eh i mean, Dr Firhad." Airin membetulkan katanya.

"No problem lah. Eh jangan la panggil saya doktor. Kawan panggil doktor rasa awkward." Firhad ketawa kecil.

"Betul la."

"Oh Airin. By the way, sebenarnya saya memang nak buat suprise kat awak. Tapi tak sempat pulak. Tiba-tiba awak dah muncul depan saya."

"Suprise? Suprise apa?" Airin berkerut hairan.

"Haaa kejap. Oh awak basuh tangan dulu." Pesan Firhad. Dia sempat membelek fail di kaunter. Mungkin fail rekod kesihatan Humaira.

"Okay...." Airin mula berdebar-debar melihat tingkah laku Firhad.

Dia hanya ke sinki untuk membasuh tangan. Apa bendalah buat suprise kat ICU?

"Okay jom." Firhad tersenyum mula membawanya ke katil Humaira.

Airin hanya mengikut. Tetapi apabila semakin dengan hampir katil Humaira, langkahnya terhenti. Air matanya terus bertakung. Matanya melihat seseorang yang dia nantikan selama ini.

"Alhamdulillah Humaira dah sedar." Firhad memberitahu.

"Ya Allah. Alhamdulillah." Airin terus melepaskan tangisan kerana lega dengan berita itu.

"Bila Maira sedar?"

"Baru je tadi. Saya memang nak mesej awak tapi tunggu doktor check dulu."

Airin hanya mengangguk. Air mata masih mengalir kerana terlalu bersyukur.

"Tapi, Airin..."

Airin terus merenung wajah Firhad. Paling dia takut dengan kata itu.

"Humaira belum ingat sangat apa yang jadi hari tu. Awak tahu kan benda ni normal untuk setengah orang yang kemalangan."

Airin mengangguk.

"Kejap lagi slow-slow dia akan ingat. Saya cakap dengan awak siap-siap sebab.....dia tak tanya lagi pasal baby dalam kandungan."

Airin terus menutup matanya. Air mata laju menitis. Hatinya pedih membayangkan apabila Humaira tahu perkara sebenar nanti.

"So kalau awak ready, awak boleh jumpa Humaira." Sambung Firhad.

"Saya ready." Airin terus mengelap matanya. Dia sudah tidak sabar. Empat hari dia menunggu Humaira membuka matanya.

"Okay good. Emm saya ada kat kaunter je. Anyhing just call me." Firhad memberi Airin ruang bersama Humaira.

"Okay. Thank you Firhad."

"Welcome."

"Maira. Assalamualaikum." Airin terus melangkah ke katil.

"Waalaikumsalam. Airin." Humaira terus perlahan menghulurkan tangan kepada Airin.

"Maira!! Ya Allah. Alhamdulillah." Airin terus meluru ke tepi katil. Dia memeluk Humaira.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now