73

9.9K 255 24
                                    

"Aku terima nikah, Airin Izzati binti Kamaruddin dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai."

"Alhamdulillah."

Kedengaran suara orang ramai mengucap syukur. Tok kadi terus menadah tangan mengimamkan bacaan doa.

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu Humaira dan kawan-kawannya. Kerana hari ini Airin akan disatukan dengan Firhad, lelaki yang diminatinya dalam diam sejak dari universiti lagi. Humaira tersenyum melihat Airin dalam sepersalinan baju kurung putih disulami manik halus. Manisnya Airin!

Matanya beralih pada Firhad yang turut segak berbaju Melayu putih dan berada di depan bapa Airin. Rasa gembira membuak dalam hati Humaira kerana akhirnya Airin juga telah menemui jodohnya. Siap berjodoh dengan crush sendiri lagi.

Tiba-tiba, bunyi tangisan di sebelah membuatkan Humaira menoleh. Dia tercengang melihat Firzanah.

"Kau dah kenapa?" Humaira menyoal perlahan.

"Aku sedih." Balas Firzanah dengan air mata sudah berjujuran keluar.

"Aku sedih Airin dah kahwin." Semakin laju air matanya keluar tidak lagi disorok.

"Haa? Err okay. Bawak bertenang." Sebelah tangan Humaira menepuk perlahan belakang tubuh Firzanah.

"Aku...aku terharu!" Penuh perasaan Firzanah memberitahu.

"Kau ni. Mak Airin pun tak nangis macam kau. Nanti kita nangis la sama-sama. Doa pun tak habis lagi ni." Bisik Humaira menahan gelak.

"Rasa emosional la hari ni. Sebab kita semua dah kahwin. Rasa baru je register universiti jumpa korang kat dalam bilik." Semakin laju air mata Firzanah berjujuran.

Humaira semakin panik melihat Firzanah. Namun, dia menunduk melihat di mana tangan Firzanah berada.

"Aku faham la kau emosional. Yang kau pegang perut aku ni kenapa? Kau ingat tongkat ke?" Bisik Humaira dengan nada geram. Dari tadi tangan Firzanah diletakkan di atas perutnya yang sudah membesar.

Firzanah hanya tersengih. Lalu dia menjeling.

"Kau dulu pegang perut aku tak apa pulak?" Balasnya.

"Shhh." Eleena yang cantik berkebaya hitam memberi amaran supaya diam ketika bacaan doa.

Firzanah dan Humaira cepat-cepat mengunci mulut. Eleena di sebelah kiri Humaira turut tersenyum melihat perangai Firzanah dan Humaira. Masih tak henti bergaduh jika berjumpa.

Selepas doa di bacakan, sesi bersalaman bersama ahli keluarga dan pemberian hantaran dilangsungkan. Apabila saudara-mara dan tetamu semua dijemput untuk makan, barulah Humaira dan kawan-kawannya pergi bersalaman dengan Airin.

"Airin!! Selamat pengantin baru!! Aku sedih gila tengok kau tadi." Firzanah menyambung drama air matanya. Dia terus memeluk Airin di atas pelamin.

"Haha kenapa sedih?" Soal Airin sambil membalas pelukan.

"Tak tau! Emo betul."

"Jangan la menangis. Terima kasih datang Fir. Siap tolong macam-macam nak majlis nikah aku ni."

"Tak apa, untuk kau semua aku sanggup. Tahniah Firhad. Welcome to our club." Kata Firzanah.

"Haha terima kasih." Balas Firhad sambil tergelak kecil. Dia sendiri geli hati melihat perangai kecoh Firzanah.

"Okay okay tepi sikit. I need to see the bride." Eleena memberi arahan.

"Ishh orang nak feeling lama sikit pun tak boleh." Getus Firzanah apabila Eleena menarik lengannya.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now