Malam itu, selepas pulang dari masjid Harris terus membawa Humaira ke klinik. Humaira hanya bersetuju kerana perutnya semakin sakit dan tidak selesa. Dia sendiri risau kerana dia sangkakan keadaan akan lebih baik selepas menjamah bubur dan makan Panadol tadi. Tapi sakitnya hilang sekejap saja.
Ketika di klinik, doktor membuat pemeriksaan suhu dan tekanan darah ke atas Humaira. Dia menyoal beberapa soalan seperti biasa.
"Jadi sekarang perut tak memulas tapi sakit?"
"Betul, doktor." Humaira mengangguk. Harris di sebelah hanya mendiamkan diri mendengar perbualan mereka.
"Buang air ada masalah tak? Atau muntah ke?" Doktor itu menyoal lagi.
"Tak ada. Cuma muntah ada sekali pagi tadi."
Serta merta Harris menoleh pada Humaira.
"Awak muntah?" Soal Harris. Doktor itu turut terkedu melihat Harris tidak tahu. Riak Harris mula berubah apabila Humaira tidak memberitahunya hal ini.
"Okay tak apa. Saya check dulu. Humaira, baring atas katil tu boleh?" Doktor itu membalas.
Humaira hanya akur dan berbaring di atas katil. Harris hanya memerhatikan mereka dari tempat duduknya. Selepas beberapa minit pemeriksaan dilakukan, mereka kembali di meja.
"Kalau ikutkan apa Humaira cerita tadi, bukan keracunan makanan ni. Saya boleh kata mungkin ada masalah gastrik. Sebab tu saya tekan kat tengah tadi rasa sakit dan Humaira sendiri rasa perut Humaira pedih kan?"
"Aah. Emm Dr, sebenarnya saya memang ada masalah gastrik." Teragak-agak Humaira membalas.
Sekali lagi Harris terus menoleh pada Humaira. Doktor itu terdiam seketika melihat wajah Harris yang terkejut. Dia dapat meneka Harris tidak tahu keadaan isterinya.
"Ooh sebelum ni pernah jadi macam ni? Sejak bila? "
"Pertama kali jadi dua tahun lepas. Lepas tu sekali lagi tiga bulan selepas tu. Tapi dua-dua tu tak pernah la sakit sampai macam ni. Sebab tu saya tak tahu. Emmm saya memang ada ubat gastrik yang doktor kasi dulu. Sejak dari tu, tak ada lagi masalah macam ni. Jadi saya tak ambil dah ubat tu. Tapi tak sangka jadi macam ni dan ubat saya pun dah tak ada."
Harris di sebelah hanya tertunduk mendiamkan diri sepanjang Humaira berkata. Bercampur baur perasaannya ketika ini.
Harris menggigit bibirnya. Saat ini Harris mula rasa hampa. Hampa kerana dirinya tidak tahu tentang Humaira. Rasa marah dengan diri sendiri. Sakit isteri sendiri pun dia tidak tahu. Dia tahu Humaira tidak mempercayainya untuk memberitahu semua ini walaupun mereka sudah tinggal bersama. Tetapi entah kenapa dia kecewa dengan dirinya sendiri.
"Hmmm faham. Tak apa. Ubat tu memang bukan untuk sentiasa makan. Bila sakit baru makan. Kita pun tak jangka akan jadi lagi. Dan kali ni Humaira kena lagi teruk pulak. Jadi lepas ni saya akan bagi ubat. Yang ubat untuk minum tu makan bila perlu je. Lagi satu, bukan makan ubat je, Humaira kena jaga makan. Jaga waktu makan. Tak nak makan pedas-pedas. Makanan atau minuman terlalu panas pun cuba elakkan. Paling penting jaga waktu makan. Jangan skip makan. Pasal tu perut kita boleh rasa pedih."
Humaira hanya mengangguk faham. Nasihat yang lebih kurang sama dengan doktor di klinik universitinya dulu. Rasanya dia tidak pernah berlapar walaupun tinggal berdua dengan Harris. Harris selalu pastikan rumah mereka ada barang makanan. Tiba-tiba terdetik dalam hati Humaira tentang nasihat doktor di klinik universitinya dulu tentang stress. Ketika itu, dia tertekan dengan fitnag dan segala yang berlaku dengan dirinya dan Harris. Tetapi apa pula punca tekanannya kali ini?
'Takkan aku stress pasal hadiah Zaileen tu? Ishh tak kot. Tak berbaloi sakit sebab diorang.' Humaira berbisik dalam hati.
"Suami boleh tengok-tengokkan sekali ya kalau kat rumah. Pesan pesan sikit dekat Humaira ni. Walaupun benda ni nampak simple, tapi kalau tak jaga betul-betul takut jadi penyakit lain." Tiba-tiba doktor itu sengaja menegur Harris. Dia tahu Harris dari tadi seperti memikirkan sesuatu. Harris yang tersentak terus mengangguk.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...