10

5.6K 234 7
                                    

Humaira merenung tajam wajah Prof Zahir dan Dr Hilmi di depannya. Tubuhnya menggeletar selepas mereka memberitahu keputusan board meeting kedua ini. Matanya beralih pada Dr Aini dan Dr Redza di sebelah mereka. Dia menoleh pula pada setiap wajah panel di meja mesyuarat di depannya. Tiada siapa yang mahu mempertahankan dirinya lagi. Mesyuarat ini yang pada mulanya berjalan lancar mula bertukar tegang dan dingin. Dia tertunduk. Fikirannya bercelaru.

"Betul ke apa yang saya dengar?" Bergetar suara Humaira menahan marah.

Prof Zahir mengangguk perlahan. Dia tidak akan menyorok apa-apa lagi dari Humaira.

"Ya. Selepas beberapa kali berbincang dengan ibubapa awak dan Harris, sekarang kes awak ni kita terpaksa lepaskan kepada ibubapa awak dan Harris untuk buat keputusan. Kami dah cuba sedaya upaya untuk mengadili kes ni di bawah undang-undang universiti. Tapi awak tahu kes awak ni sentiasa berkait rapat dengan ibubapa awak dan Harris."

"Jadi maksud Prof, universiti nak lepas tangan?"

"Bukan macam tu. Humaira, of course kita akan cuba sehabis baik untuk bantu awak dan Harris setiap kali kami buat keputusan. Tapi ini kehendak ibubapa awak berdua. Sebab itu sampai tahap ini, kami terpaksa lepaskan keputusan untuk dibuat oleh mereka. Dan universiti tekad tidak akan jatuhkan apa-apa hukuman buat awak dan Harris."

Humaira tersenyum sinis mendengar penjelasan Prof Zahir. Membuak rasa meluat mendengar alasan yang tidak masuk akal mereka.

"Tapi semua orang dah jatuhkan hukuman paling berat kat saya sekarang ni." Humaira membalas dingin. Matanya merenung Prof Zahir.

"Aysha Humaira." Dr Aini memanggil namanya dengan tegas sebagai amaran untuk tidak biadap.

"Jadi untuk apa saya datang hari ni kalau keputusan dah dibuat?" Humaira menyoal dengan rasa kecewa.

"Supaya awak tahu keputusan apa yang telah dibuat. Dan kami tak nak awak ingat kami yang hancurkan harapan awak sebab keputusan ini keputusan parents awak berdua." Dr Redza membalas sinis.

Humaira mendengus geram. Hatinya semakin membuak rasa panas.

"Humaira, kami memang dah berbincang dengan parents kamu dan Harris. Tapi kalau ini yang mereka mahukan, pihak universiti tak dapat berbuat apa. Banyak benda kami pertimbangkan dan akhirnya kami hanya dapat sampaikan keputusan yang dibuat oleh parents kamu berdua dan Harris. Selebihnya itu kamu kena bincang dengan mereka." Dr Hilmi memberi penjelasan.

Humaira berkerut. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Dr kata apa tadi? Keputusan parents kami dan Harris?"

Dr Hilmi terdiam. Mereka yang lain tiada yang bersuara.

"Wait. Apa keputusan yang Harris boleh buat?" Humaira mendesak menyoal mereka. Dia mula rasa dia tidak mengetahui sesuatu.

Prof Zahir menghela nafas panjang. Dia tahu selepas ini keadaan akan semakin tegang.

"Harris buat keputusan untuk berkahwin dengan awak. Dia setuju dengan keputusan ibubapa awak." Prof Zahir terpaksa memberitahu hasil sesi board meeting dengan Harris tadi.

Riak wajah Humaira serta merta berubah.

"No. Saya dah cakap dengan dia yang kami akan appeal kes ni. Dia pun cakap dengan saya yang..." Kata-kata Humaira terhenti. Dia tersedar Harris tidak pernah berjanji dengannya yang dia akan membuat rayuan kes mereka.

Humaira benar-benar terkejut dengan jawapan Prof Zahir. Tangannya menggeletar menahan marah apabila dia mula faham situasi ini.  Dia memandang semula wajah pensyarah itu.

"Kenapa saya tak tahu apa-apa pasal ni? Kenapa Harris boleh buat keputusan dia? Keputusan dan pendapat saya macam mana?"

Melihat keadaan Humaira sejak pertama kali kes ini berjalan, mereka sudah dapat meneka apa keputusan Humaira.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now