44

3.5K 124 23
                                    

Apabila jam hampir 12 tengah hari, semua staf dan peserta yang terlibat dalam seminar hari ini berpusu keluar dari bilik seminar. Humaira menghembus nafas lega kerana dia telah berjaya membuat pembentangan berkaitan perkembangan psikologi kanak-kanak pada hari ini di seminar yang diadakan di Sunway Medical Center. Setelah seminggu dia melakukan persiapan, akhirnya dia boleh bertenang seketika.

"Nisa, okay ke saya present tadi?" Soal Humaira pada rakan sekerjanya yang turut hadir.

"Okay sangat, Maira. Awak dah banyak improve. Everything went so smooth." Puji Nisa.

"Ye ke? Fuhh lega sikit saya."

"Rilekslah kita seminggu ni. Nanti nak prepare Minggu Kesihatan Mental pulak." Nisa memberi peringatan sambil ketawa.

"Adoi. Pening kepala saya. Nasib baiklah minggu tu kita tak ada training." Humaira menggeleng.

"Itulah. Kalau tak lagi parah. Oh, nak dekat 12.30. Okay Maira, saya pergi dulu ya. Jumpa kat office." Nisa memandang jam sekilas. Dia bergegas kerana sudah berjanji hendak makan tengah hari bersama suaminya.

"Okay. Drive safe." Humaira hanya mengangguk.

Dia hanya tersenyum melihat Nisa pergi. Seronoknya Nisa dapat makan bersama suami. Dia memandang keluar tingkap.

"Eh, nak hujan ke?" Matanya terlihat awan semakin mendung.

Tidak lama kemudian Humaira menuju ke lobi hospital itu untuk pulang. Sedang dia berjalan di lobi, matanya tertancap pada pasangan yang sedang berjalan berpegangan tangan. Langkahnya terhenti.

"Eh? Zaileen buat check up kat sini ke?" Kata Humaira perlahan.

Dia lihat Harris berada dalam baju kemejanya. Mungkin dia keluar sebentar dari pejabat untuk menemani Zaileen. Bibir Humaira terus tersenyum. Dia terus menuju ke arah mereka. Niatnya hanya mahu menegur. Ketika mereka perasan Humaira di depan mereka, wajah Harris berubah terkejut.

"Hai. Assalamualaikum." Tegur Humaira ceria.

"Eh Maira? Waalaikumsalam." Balas Zaileen tersenyum.

Tangan Harris masih erat dalam genggaman Zaileen. Wajah Harris jelas kekok dengan keadaan ini. Rasa bersalah serta merta membuak dalam hati. Kalau lepaskan tangan Zaileen, macam buat salah pula. Dia risau Humaira terasa sesuatu melihat kemesraan mereka. Dua hati yang perlu dia jaga. Harris mula resah. Tetapi, dia lebih resah jika Humaira tahu niat mereka ke sini.

"Awak buat apa kat sini?" Bergetar suara Harris menyoal. Tetapi dia cuba tersenyum.

"Saya ada training kat sini. Yang saya cerita kat awak saya kena buat presentation tu. Hari ni lah seminar tu." Balas Humaira.

"Ohh." Balas Harris pendek. Dia ingat hal itu cuma sudah terlupa. Seminggu ini fokusnya hanya pada Zaileen kerana kesihatan isteri keduanya itu.

"So how's was it?" Harris menyoal. Sebenarnya dia mahu Humaira tidak menyoal keberadaan mereka di situ.

"Alhamdulillah. Semuanya okay. Tapi esok ada lagi. Cuma lega lah saya dah habis present." Humaira ketawa kecil.

"Congrats, Humaira." Kata Zaileen sambil memegang lembut lengan Humaira.

"Yup. Oh by the way, kenapa korang kat sini? Zaileen receive treatment kat sini ke?" Soal Humaira. Matanya tepat pada mata Harris.

Ketika itu, jantung Harris semakin berdegup laju. Rasa bersalah semakin memenuhi dadanya. Tetapi dia tahu tiada lagi sebab untuk dia terus menyorok.

"Oh tak la. Ni nak pergi jumpa doktor O&G kat sini pulak. Haritu kitorang pergi klinik je." Balas Zaileen tanpa mengetahui situasi sebenar.

Saat itu, senyuman di bibir Humaira mati. Riak wajahnya berubah. Dalam fikirannya mula memikirkan satu perkara. Tapi risau pula jika Zaileen ada sakit lain yang perlu dia berjumpa pakar sakit puan.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now