Harris: saya baru balik dinner. Awak dah makan malam ni?
Humaira: Dah. Okay have a good rest. Good night ❤
Harris: Sayangggg kenapa dah wish good night? Baru pukul 9.30!!!
Humaira tersenyum kecil membaca mesej Harris itu. Dengan tanda seru banyak begitu, dia tahu Harris sedang marah. Clingy betul! Tetapi Humaira mahu bertindak rasional. Kini dia juga perlu menjaga hati seseorang, bukan hanya Harris.
Humaira: Sayang, awak kan tengah honeymoon dengan Zaileen. Tak best la kalau awak asyik text saya. So saya pun tak nak kacau awak dengan dia.
Harris merenung mesej itu. Hatinya tersentap. Fikirannya terlalu jauh hingga merasakan Humaira mahu meninggalkannya. Matanya memandang laut yang tenang di depannya. Dia cuba menikmati bulan madu ini tetapi hatinya terasa kosong tanpa Humaira.
Harris: I miss you.
Humaira: I miss you more sayang ❤ Balik nanti kan kita jumpa. Now focus on Zaileen and enjoy this honeymoon, okay?
Harris menggigit bibirnya. Kentalnya Humaira boleh memberi ucapan sebegitu untuk suaminya yang sedang bersama isteri baru.
Harris: Fine. I'm going to hug you tight soon. Good night. I love you baby ❤
Humaira: I love you soooo much. Good night ❤
Harris menutup skrin telefonnya. Nafasnya dihela panjang. Humaira berkali-kali memberi pesan padanya untuk berlaku adil. Maksudnya dia perlu memberi perhatian pada Zaileen juga. Dia akui pada awal pernikahannya dengan Zaileen, keadaan sangat kekok. Hatinya masih dingin dengan Zaileen. Perkara lampau itu masih segar dalam ingatannya. Perkara yang membuatkan dia tegar meninggalkan Zaileen.
Tetapi apabila memikirkan keadaan kesihatan Zaileen, hatinya mula sayu. Zaileen perempuan yang pernah bertakhta dalam hatinya dulu. Malah dia cintakan dan sayangkan Zaileen sepenuh hatinya dalam tempoh yang agak lama. Jadi apabila mengetahui perempuan ini sedang sengsara dan akan pergi bila-bila masa, hatinya mula rapuh.
Untuk mulakan semula rasa cinta itu, bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, Harris tekad dia hanya mahu buat yang terbaik untuk Zaileen. Perempuan itu mahu rasakan kebahagiaan yang pernah dia janjikan dulu. Jadi, dia hanya mahu Zaileen bahagia sebelum menutup matanya.
Lamunan Harris tersentak apabila pintu bilik air dibuka. Harris terus melangkah masuk ke dalam bilik dari balkoni. Namun, langkahnya terhenti melihat Zaileen berada dalam robe satin berwarna maroon. Robe itu terbuka dan kelihatan Zaileen memakai baju tidur yang menggoda imannya. Rambut panjang Zaileen bergelombang yang keperangan dibiarkan jatuh paras sikunya. Hatinya mula berdebar. Zaileen hanya tersenyum melihat reaksi Harris yang sudah tercegat di situ.
Zaileen mula melangkah satu persatu mendekati Harris. Dia merenung wajah lelaki itu dengan penuh kasih. Jantung Harris semakin berdegup laju melihat Zaileen. Dia menelan air liur yang terasa kesat. Imannya benar-benar diuji saat ini.
"Baby, kenapa baby nampak panik?" Zaileen tersenyum menggoda.
Itulah panggilan Zaileen untuk Harris ketika mereka bercinta dulu. Tetapi kini Harris masih kekok untuk mengguna panggilan sebegitu.
"I need to go to the toilet." Jawab Harris sambil menyorok rasa berdebarnya.
Ketika Harris mula melangkah, tangannya terus dipegang Zaileen. Zaileen merenung matanya sambil tersenyum menggoda. Dada Harris mula naik turun melihat Zaileen walaupun dia cuba bertenang.
"Later okay?" Balas Zaileen.
Zaileen mula berdiri menghampiri Harris. Saat ini wajah mereka semakin dekat. Terlalu dekat dan semakin dekat.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...