Keadaan sepi dan tegang seketika. Melihat Harris tidak berbaju membuatkan Humaira terus menolak kasar tubuh Harris dan segera bangun dari sofa.
Harris tersentak dari lamunan kerana ditolak begitu. Wajahnya berkerut cuba menghadam apa yang sedang berlaku. Kemudian dia turut bangun dari situ.
"Okaayy. Kejap, korang buat apa ni?" Lukman merupakan salah seorang kawan Harris mula teragak-agak bersuara. Wajahnya sangat curiga melihat mereka berdua.
"Kitorang tak buat apa-apa!! Saya tadi....." Humaira spontan memotong.
Humaira terlalu panik hingga tidak dapat berfikir apa yang perlu dia katakan. Sekilas matanya memandang tingkap tadi yang menghadap koridor. Semakin dia berdebar apabila ada beberapa pelajar lain di luar turut memandang mereka.
Harris yang menyedari keadaan di luar terus mencapai tshirtnya. Dia pantas memakai baju itu. Humaira memandang sekilas wajah Harris. Wajah Harris masih tenang. Kawan-kawan Harris masih memerhatikan mereka dengan wajah ragu-ragu.
"Serius kitorang tak buat apa-apa. And kitorang tak kenal pun." Pantas Humaira sambung menjawab. Humaira mula melangkah hendak beredar.
"Ooh. Tapi kenapa korang berdua....macam tu....kat atas sofa?"
Langkah Humaira terhenti mendengar soalan Amirul.
Humaira terkedu. Nampaknya kawan-kawan Harris benar-benar sudah salah faham dengan situasi mereka tadi.
"Korang jangan fikir bukan-bukan. Aku tadi nak tukar baju melayu aku. Macam biasa la aku tidur sini. Lepas tu...." Harris mula bersuara. Nadanya masih tenang.
"Harris. Kitorang datang awal sangat ke?" Daniel tiba-tiba mencelah hanya mahu mengusik dengan nada sinis.
Serentak mereka ketawa berdekah. Ketawa mereka bergema satu bilik itu.
Humaira tersentak melihat keadaan itu. Dia mula berasa keliru mengapa kawan-kawan Harris mentertawakan mereka. Baginya ini hal yang serius jika mereka salah faham. Namun, gelak tawa kawan-kawan Harris mula mengingatkan dia pada peristiwa hitamnya di sekolah dulu. Saat dia ditertawakan oleh Iqram dan kawan-kawannya. Maruahnya diperlekehkan sama seperti keadaan sekarang ini.
Mata Humaira memandang setiap dari mereka yang tersenyum ketawa padanya. Hati Humaira mula panas. Dia menoleh merenung tajam pada Harris yang seperti tidak kisah dengan tanggapan buruk kawan-kawannya.
"Explain to them." Tegas suara Humaira memberitahu Harris.
Harris perasan wajah Humaira mula berubah sangat dingin saat ini. Dia juga tidak mahu dirinya dipersalahkan.
"Saya dah explain kan." Harris mengangkat bahu selamba.
Humaira semakin panas melihat reaksi Harris. Dia berkerut lelaki ini hanya mengambil remeh. Melihat wajah Humaira, Harris tahu Humaira benar-benar risau jika keadaan mereka tadi disalah ertikan. Harris mengeluh dan memandang semula kawan-kawannya.
"Korang, dah dah. Jangan nak pandai-pandai reka cerita. Aku tadi memang tengah tidur kat sini, lepastu aku terjaga sebab black out. Then, aku nak tukar baju sebab kita nak pergi training, tiba-tiba dia ni...."
Sekilas Harris memandang Humaira yang merenungnya.
".....jatuh atas aku, and time ni jugak la korang sampai. The end. So faham eh?" Tenang Harris menjelaskan perkara sebenar.
"Okay faham. Tapi sekarang ni macam mana nak tahu yang dia betul-betul terjatuh tadi? Dengan tangan kau pun....err..." Amirul pula menyoal dengan gaya menyiasat. Mereka masih mahu menyakat.
Humaira mula rasa menyampah dengan perangai mereka. Dia tahu apa yang mereka maksudkan. Pantas dia memotong perbualan itu.
"Woo woo. Wait! I think this is really a big misunderstanding. Kitorang tak buat apa-apa. That was totally an accident. Aku tak kenal dia and dia tak kenal aku. Emm I better leave." Humaira bertegas memberikan pendapatnya.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...