Pada hujung minggu itu, Humaira dan Harris hanya meluangkan masa di rumah. Masing-masing sibuk mengemas dan mencuci rumah mereka seperti rutin mereka setiap minggu.
Setelah selesai menyidai pakaian, Harris ke ruang tv untuk berehat. Dia lihat Humaira sudah terbaring kepenatan di atas sofa. Memang Humaira ada memberitahunya kebelakangan ini dia cepat penat di tempat kerja. Timbul rasa kasihan pada Humaira.
"Sayang, kita ajak ibu dengan ayah makan kat luar esok nak tak?" Kata Harris sambil duduk di sebelah Humaira.
"Okay. Nanti saya tanya ibu esok diorang ada plan lain tak."
"Boleh. Nanti ajak la abang-abang awak dengan Hadi kalau diorang free." Balas Harris tersenyum.
Humaira hanya mengangguk. Harris perasan wajah Humaira seperti tidak selesa. Kemudian lihat tangan Humaira sedang menyapu minyak di atas perutnya.
"Awak sakit perut ke?" Soal Harris.
"Hmmm tak sakit sangat tapi macam tak selesa."
"Gastrik?"
"Bukan." Kata Humaira.
"Biar saya sapukan."
Harris laju mengambil botol minyak pada tangan Humaira lalu menuang sedikit ke atas tapak tanganya. Humaira pula tergamam melihat Harris. Entah kenapa rasa malu masih ada. Tapi dia hanya buat biasa lalu matanya dialih ke arah tv.
Tiba-tiba mata Harris melihat sesuatu hingga membuatkan tangannya terhenti seketika. Lalu perlahan dia menyapu semula. Air liur ditelan terasa kesat.
Setiap kali Harris lihat kesan parut pembedahan pada perut Humaira, setiap kali itulah dia dihantui rasa bersalah. Parut yang menjadi tanda kehilangan bayi pertama mereka kerana kesilapannya. Namun, hari ini, hati Harris terlalu sebak. Dia tidak tahu bila parut ini akan hilang. Kalau dia sendiri sedih melihat parut ini, bagaimana pula dengan Humaira?
Harris melihat sekilas pada Humaira yang hanya tersenyum sendiri menonton tv. Semakin pedih hatinya melihat wajah itu. Banyak dugaan yang Humaira telah lalui sejak mereka berjumpa dulu. Tetapi wanita ini masih memilih untuk bersamanya.
"Sayang, okay dah ke saya sapu?" Soal Harris.
"Okay dah. Thank you sayang." Humaira menarik bajunya semula.
"Saya nak naik kejap." Kata Harris lalu bangun dari situ.
Humaira hanya terus sambung menonton drama di depannya. Namun, selepas seketika hatinya mula terasa sesuatu. Dia lihat Harris masih di atas. Mungkin ada perkara lain Harris lakukan. Humaira hanya menyambung menonton tv. Tetapi selepas beberapa minit, hatinya tergerak. Entah kenapa dia terasa Harris seperti menyorok sesuatu.
Humaira terus bangun dan naik ke tingkat atas. Pintu bilik utama ditolak. Dia lihat Harris tiada. Hatinya mula berdebar. Humaira terus ke bilik air. Dia memulas tombol itu tetapi terkunci.
"Yes?" Suara Harris dari dalam muncul.
"Ooh. Awak dalam toilet ke. Saya ingat kat mana tadi awak kat atas ni."
"Kenapa, dah rindu ke? Nak masuk sekali?" Soal Harris selamba.
"Eii tak nak!" Humaira segera menolak.
"Bye saya nak turun." Humaira terus melangkah pergi.
Tetapi dia akui hatinya masih tidak tenang. Langkahnya terus mati. Humaira menoleh ke arah pintu bilik air itu.
'Harris sengaja menyorok dari aku. Suara dia lain.' Humaira menggigit bibirnya.
Dia terus melangkah semula ke depan bilik air.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...