14

5.3K 218 11
                                    

Petang itu, Harris termenung melihat email di skrin phonenya. Lama dia melihat email yang diterimanya pada tiga bulan lepas. Terlalu banyak perkara yang berlaku hingga dia membuat keputusan gila ini.

Fikirannya mula teringat perbualannya dengan mama melalui telefon pada malam sebelum board meeting kedua berlangsung. Malam itu, dia terlalu serabut dengan apa yang telah berlaku dan bakal berlaku. Harris hanya menyendiri di masjid universiti dan tidak henti mendirikan solat untuk memintak petunjuk dari Ilahi. Rasa sesak di dadanya tiada siapa yang tahu dan dia hanya pendam sendiri. Banyak perkara dia pertimbangkan termasuklah masa depan Humaira dan berita yang dia terima melalui email itu.

Hinggalah satu masa pada tengah malam itu juga, dia tekad untuk membuat keputusan. Keputusan yang mungkin ditentang tetapi kali ini dia mahu pentingkan dirinya.

"Hello Assalamualaikum, mama."

"Waalaikumsalam. Ya Harris."

"Sorry. Harris kacau mama tidur ke?"

"Tak. Harris tak kacau. Ada apa ni Harris?" Lembut mama menyoal. Dia sendiri sedang berteleku di atas sejadah memohon agar urusan anak keduanya itu dipermudahkan.

"Harris....Harris rasa Harris dah buat keputusan."

"Okay, apa dia?"

"Harris akan ikut cakap mama untuk kahwin dengan Humaira. Tapi Harris ada satu syarat."

Mama menghembus hela panjang mendengar jawapan Harris. Sebelum ini dia sangat bertegas dengan Harris mungkin kerana dia juga seorang pensyarah. Tetapi kali ini dia juga tahu Harris sendiri tersepit dengan masalah yang menimpa. Jadi, dia beralah untuk mendengar kehendak Harris untuk kali ini.

Lamunan Harris terhenti mendengar bunyi Humaira yang sedang mengemas bagasinya. Harris terus menoleh melihat Humaira. Dia memerhatikan gerak geri gadis itu.  Hari ini hari ketiga mereka sebagai suami isteri. Semalam juga majlis di sebelah keluarga Harris diadakan secara kecil-kecilan. Dengan persetujuan kedua keluarga mereka, Humaira akan pulang ke rumah keluarganya esok.

Itulah permintaan Humaira sebelum majlis mereka berlangsung. Humaira meminta ayah dan ibu bersetuju supaya dia hanya akan berada di rumah keluarga Harris selama dua hari. Dia masih tidak bersedia dan tidak mahu bersama Harris tanpa keluarganya. Mama dan papa Harris termasuk Harris sendiri bersetuju dengan permintaan Humaira. Masing-masing faham dengan perkahwinan yang tiba-tiba dan penuh tekanan ini. Lagipun hanya seminggu lagi mereka akan memulakan semester baru dan akan pulang ke universiti.

"Yes anything?" Humaira tiba-tiba menyoal. Dia dapat melihat Harris memerhatikannya dari tadi.

"Emm nothing." Harris cepat-cepat melarikan anak mata.

Humaira hanya menjeling.

"Do you need help?" Harris menoleh semula dan menyoal.

"Nope." Balas Humaira dengan nada ceria.

"You seems so happy."

"Of course la saya happy. Saya nak balik rumah saya kan."

Harris hanya tersenyum kecil. Suka melihat wajah Humaira gembira. Namun, dalam hatinya terasa sedikit sebak dia tidak dapat bersama Humaira lebih lama. Dan dia tidak mampu gunakan kuasanya sebagai suami menghalang Humaira.

Humaira memandang Harris sekilas apabila tiada lagi pertanyaan dari lelaki itu.

"Awak sure tak nak ikut kan?" Humaira menyoal.

Harris menggeleng sambil tersenyum. Dia sendiri pula mahu berada lebih lama di sini.

"Saya pelik lah. Kenapa awak nak balik U awal?" Soal Humaira lagi. Itu alasan diberi Harris mengapa dia tidak mahu ikut Humaira.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now