Dr Aini memandang tepat pada Humaira.
"Oh awak lah? Okay jom ikut saya."
"Pergi mana, Dr?" Humaira menyoal keliru
Dr Aini menghela nafasnya. Dia sedar dia perlu jelaskan pada Humaira keadaan itu.
"Dr Hilmi nak jumpa awak. Jadi saya perlu bawak awak pergi pejabat dia. Pasal apa tu, kita explain kat sana."
Humaira tergamam mendengar nama itu. Dr Hilmi merupakan penolong ketua Jabatan Disiplin Universiti (JDU). Dia pensyarah Fakulti Kejuruteraan. Jadi selain pelajar di Fakulti Kejuruteraan atau pelajar fakulti lain untuk subjek elektif, pelajar yang berjumpa dengannya adalah kerana urusan berkaitan masalah disiplin.
"Tapi untuk apa Dr?" Humaira mula risau jika ada masalah disiplin berkaitan dengannya.
"He will explain everything there." Dr Aini masih berbasi-basi.
Semakin laju jantung Humaira berdegup. Jari-jarinya mula terasa sejuk. Dia yakin dia tidak melanggar peraturan baru-baru ini. Dia juga yakin tidak melakukan masalah disiplin yang serius. Tiba-tiba hatinya terdetik memikirkan tentang satu perkara. Perkara buruk yang sebolehnya dia tidak mahu menjadi serius.
'Ya Allah aku harap bukan pasal tu.'
Humaira tidak henti berdoa di dalam hati. Sepanjang dia menaiki kereta ke Fakulti Kejuruteraan bersama Dr Aini, hanya nama Allah dalam ingatannya dan tempat dia meminta pertolongan. Dr Aini tidak berkata banyak. Itu yang membuatkan Humaira semakin risau. Setiap langkah Humaira menuju ke bilik mesyuarat mereka penuh dengan debaran.
'Takpe Maira, kau chill je. Takde apa-apa perlu kau takut kalau kau tak buat salah.' Humaira cuba menenangkan dirinya.
Saat tombol pintu dipulas, jelas wajah Dr Hilmi terus memandang mereka berdua masuk. Dr Aini terus duduk di kerusi sebelah Dr Hilmi. Humaira sempat memandang mereka. Sebelah kanan Dr Hilmi terdapat seorang lagi pensyarah lelaki tetapi Humaira tidak kenal kerana mungkin dari fakulti lain. Humaira melangkah lebih dekat ke arah meja. Tiba-tiba matanya terus menoleh ke arah satu lagi tubuh sedang berdiri berhampiran meja.
Saat melihat wajah yang dikenali itu, terus tubuh Humaira menggeletar. Dia dapat rasakan perkara buruk yang dia takutkan itu telah berlaku.
'Ya Allah, tolong la jangan kata pasal malam tu dah tersebar sampai pensyarah pun dah tahu.'
Harris berdiri di depan meja mesyuarat sambil menunduk. Wajahnya sugul. Dia jelas sedang menyorok rasa risau.
"Kamu Aysha Humaira?" Dr Hilmi bersuara. Tegas nadanya.
"Ya saya, Dr." Humaira mengangguk perlahan. Fikirannya bercelaru kerana takut.
"Tahu kenapa kena panggil ke sini?"
Harris sempat menoleh melihat Humaira yang turut memandangnya lalu dia tertunduk semula.
"Saya...tak tahu." Humaira menggeleng.
"Kamu pun tak tahu?! Dua-dua dah buat salah lepas tu tak tahu?!" Nada Dr Hilmi semakin tegas walaupun sedang tersenyum.
Dr Hilmi memang dikenali sebagai pensyarah yang tegas dan garang. Dan kerana itulah dia dilantik memegang jawatan dalam Jabatan Disiplin Universiti.
"Saya betul-betul tak tahu. Dr boleh bagitahu saya apa kesalahan yang saya dah buat?" Humaira membalas dan cuba berlagak tenang. Sedangkan dalam hatinya perasaan takut itu membuak-buak.
"Kamu kenal Harris ni?"
Humaira memandang sekilas Harris di sebelah. Hendak saja dia menafikan tapi nampak sangat dia menipu.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...