Selepas dari berjumpa Dr Hilmi, Humaira terus pulang ke biliknya.
"Assalamualaikum." Humaira memulas tombol pintu biliknya.
Seretak ketiga-tiga rakan sebilik Humaira terus menoleh. Melihat wajah mereka, Humaira terfikir sama ada mereka sudah mengetahui halnya dengan Harris.
Tiba-tiba Firzanah bangun dari katilnya. Dia mencapai phone di atas meja dan terus keluar dari bilik. Dia tidak melihat langsung Humaira apatah lagi menegurnya. Wajahnya seperti kecewa.
Humaira terkedu melihat Firzanah. Dia mula yakin perkara itu sudah diketahui oleh mereka terutamanya Firzanah.
"Kenapa dengan Fir?" Humaira cuba menyoal Airin dan Eleena.
Eleena hanya merenung Humaira. Airin pula melepaskan nafas berat.
"Fir hmm entahlah. Maira, kau sebenarnya okay tak?" Airin menyoal. Banyak benda yang dia mahu menyoal tetapi melihat wajah Humaira seperti menyorok beban yang berat dia lebih risau tentang keadaan kawannya itu.
"Kenapa? Oh, korang dah dengar cerita pasal aku?" Humaira menyoal sambil duduk di atas katilnya. Dia cuba berlagak tenang.
Eleena mengeluh lalu terus datang menghampiri Humaira.
"Honestly, I memang ada dengar cerita tu semalam tapi pasal Harris je. I don't even know who was the girl. And I tak nak la cerita dekat korang especially Fir sebab tak tahu betul ke tak kan and time exam ni. I tak nak la dia frust dengar cerita buruk pasal Harris. So I diam je."
"Sorry sangat Maira. Aku terpaksa tanya. Betul ke semua tu Maira?" Airin pula menyoal.
"Korang sendiri percaya ke apa yang korang dengar?" Humaira menyoal mereka.
Airin dan Eleena terdiam.
"Aku sendiri pun sebenarnya tak tahu cerita apa yang tersebar." Humaira menyambung dengan wajah kesal.
Airin dan Eleena serentak menoleh pada Humaira. Hairan tuan badan sendiri tidak tahu cerita buruk yang tersebar mengenainya.
"Aku tak percaya. Aku kenal kau, jadi aku tak nak percaya benda tu." Airin membalas jujur.
Eleena pula hanya mendiamkan diri. Dia sendiri keliru kerana cerita yang disampaikan padanya seolah sangat betul.
"Boleh tak cerita dekat aku apa student lain cakap pasal aku dengan Harris?" Humaira menyoal mereka.
Mereka berdua terkedu. Tidak sanggup memberitahu Humaira fitnah buruk ini. Mereka sendiri kesal cerita kotor sebegini jadi bahan bualan oleh pelajar lain yang tidak mengenali Humaira.
"Please korang. Aku nak tahu sejauh mana orang yang buat cerita ni dah burukkan aku."
Airin menelan air liurnya. Eleena pula menggigit bibirnya resah dan akhirnya membuka mulut.
"Okay. This is what I heard. And this was before I tahu yang perempuan tu u. Diorang kata Harris dengan u kantoi nak..emm do that 'thing' in the Common Room. And today much more worse when so many new versions of the story. Ada yang kata u goda Harris. Ada yang kata Harris sanggup curang dengan girlfriend dia sebab nak do that thing dengan u kat sini without his girlfriend knowing. Ada kata u both memang biasa jumpa kat situ for that thing. And so many more that I sendiri tak sanggup nak cerita."
Saat mendengar kata-kata Eleena, hati Humaira sudah pun hancur. Tiada lagi kata yang mampu keluar dari bibirnya. Airin bangun dan turut menghampiri Humaira. Tangan Humaira dicapai dan digenggam erat. Dia tahu Humaira benar-benar terluka sedangkan dia tidak akan membuat perkara terkutuk begitu.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceSatu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk...