47

3.5K 167 66
                                    

Humaira terus menoleh pada Harris yang baru pulang dari berjoging pagi ini.

"Sayang, saya dah siapkan breakfast. Lepas awak mandi kita breakfast eh?" Lembut Humaira mengajak sambil menyiapkan meja makan.

"Hmm." Balas Harris acuh tidak acuh lalu masuk ke dapur.

Humaira hanya mengeluh. Sejak dia memberitahu Harris semalam tentang Iqram, Harris nampak seperti terganggu. Harris menyuarakan rasa kesal pada Humaira kerana tidak memberitahunya tentang peristiwa tayar keretanya yang pecah sejurus tiba di rumah. Bagi Harris perkara itu penting. Dia merasakan bahaya apabila Humaira berada di kawasan yang tak dikenali hanya seorang diri. Tetapi Humaira tahu, Harris juga marah kerana kemunculan Iqram dalam keadaan genting begitu. Sepatutnya dia yang membantu Humaira, bukan lelaki itu.

Humaira berterus-terang menceritakan setiap apa yang berlaku semalam. Tiada apa yang perlu disorok dari Harris. Apabila melihat reaksi Harris malam tadi, Humaira cuba menenangkan Harris. Bagi Humaira, berjumpa dengan Iqram bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan. Kerana dia tahu semalam hanya satu kebetulan dan memang niat Iqram hendak membantunya.

"Emm awak nak minum air apa?" Soal Humaira apabila menghampiri Harris di dapur. Sengaja mahu bercakap dengan Harris.

"Anything." Balas Harris pendek lalu meneguk air kosong dari gelasnya.

"Coffee boleh?" Humaira sengaja menyoal lagi sambil merenung wajah Harris.

Harris mula mengeluh panjang. Rasa tidak adil pula hendak melayan Humaira dengan dingin. Padahal Humaira tidak bersalah pun.

"Boleh." Harris menjawab.

Dia perhatikan Humaira di sebelahnya.

"Awak belum mesej Iqram lagi kan?" Soal Harris.

"Belum." Humaira menggeleng sambil tersenyum. Dia akur arahan Harris malam tadi yang menghalangnya dari memberi mesej pada Iqram. Dia tahu niat Harris yang tidak mahu Iqram tahu nombornya.

Harris mengangguk perlahan. Lega mendengar jawapan itu.

"Nanti biar saya yang mesej dia. Saya akan bank in duit kat dia. Senang. Tak payah la beria nak makan-makan pulak." Harris membalas. Nadanya jelas menyampah dengan idea Iqram yang mahu Humaira belanjanya makan sebagai balasan pertolongannya semalam.

"Okay. Thank you awak." Humaira tersenyum.

Dia tersenyum kerana hendak berwajah manis depan suaminya yang sedang dingin. Dan tersenyum kerana geli hati dengan Harris. Garang juga ya Harris kalau cemburu. Entah hatinya seronok pula lihat Harris begini. Sekurang-kurangnya bila Harris cemburu, dia tahu Harris masih sayang padanya!

Harris memerhatikan Humaira seketika.

"Sayang. Hmmm I rasa weekend ni Zaileen nak balik rumah mama dia." Harris bersuara semula.

Humaira terkedu. Dia sebenarnya baru hendak mengajak Harris pulang ke rumah ibubapanya. Nampaknya terpaksalah dia batalkan niatnya.

"Ooh. Okay. So awak tidur rumah mama Zaileen malam ni?"

"Yup."

"Bila awak nak gerak?"

"Before lunch rasanya."

"Okay. Emm sayang, kalau saya balik rumah ibu boleh?"

Harris tergamam. Dia mula tersepit.

"Sayang. Saya bukan tak nak bagi. Tapi nanti apa ibu dengan ayah cakap."

"Alaaa kata je la awak balik rumah parents Zaileen sebab ada hal."

"Jangan la macam tu. Nanti ibu dengan ayah mesti rasa sedih awak balik sorang." Tangan Harris mula menyisir rambut Humaira ke belakang telinga.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now