31

5.2K 184 6
                                    

Malam itu, Harris meluangkan masa di bilik kedua untuk membuat kerja. Wajah Harris serius membalas mesej dari Akeef. Sesekali bibirnya mengukir senyuman.

Akeef: Aku dah confess dekat dia

Harris: Serious laaa. Well done bro. Kau cakap depan-depan ke?

Akeef: Aku call la sebab dia kat Pahang kan. Tapi nervous gila takleh bincang

Harris: Mesti kau acah relax kan haha

Akeef: Lelaki kan? Kita kena tenang. Cuma jawapan dia yang buat aku heartbroken sikit.

Harris: Aku sebenarnya dari tadi tunggu kau cakap jawapan dia. So what's her answer?

Akeef: Dia kata nak berkawan je dulu. Not as a couple pun. Sebab dia nak fokus final year. Anything more than that dia expect lepas habis study.

Akeef: Tapi aku suka dia berterus terang dengan aku. Dia kata kalau boleh tak nak lama. Dia nak hubungan yang halal.

Akeef: Haa gitu Harris. Nervous ke tak kau rasa. Eh mestilah kau tak nervous. Kau dah kahwin kah!

Harris merenung lama mesej diberi oleh Akeef. Bibirnya tersenyum senget mengetahui jawapan dari gadis yang sudah lama Akeef menaruh hati.

"Wow. Maira will be shocked to hear this." Harris kagum dengan sifat tegas Firzanah.

"Apa yang wow?" Tiba-tiba suara Humaira muncul dari belakang.

Terlompat Harris dari kerusinya. Tersentak dia melihat Humaira yang dalam pyjama labuh atas lutut dengan sheet mask bertempek di atas wajah muncul di sebelah. Dia memang biarkan pintu terbuka tetapi tidak sangka hingga dia tidak sedar kedatangan Humaira.

"Tak ada apa-apa." Dia menipu. Tangannya laju menutup skrin telefon. Dia meletak telefon di atas meja dengan menghala skrin ke bahagian bawah. Serta merta tangannya sejuk. Takut jika Humaira terlihat perbualannya dengan Akeef.

"I heard you said my name." Humaira mengecil matanya di sebalik mask mukanya dan sengaja merenung Harris. Dia ini perempuanlah. Perempuan dikurniakan sifat boleh menghidu sesuatu yang disembunyikan.

"Betul la. Tak ada apa-apa." Harris bersuara lagi. Anak matanya terus dilarikan pada skrin laptop. Cuba berlakon fokus melakukan kerjanya yang tergendala kerana melayan Akeef.

Tangan Humaira terus mencabut sheet mask di wajah lalu dibuang dalam tong sampah di tepi meja itu. Jarinya laju menepuk perlahan wajahnya yang basah.

"Ingat saya ni bodoh sangat ke nak percaya awak cakap? Saya nampak awak tersengih-sengih tadi? Awak mesej dengan siapa?" Soal Humaira penuh sangsi sambil membetulkan cekak simpul merah jambunya. Manalah tahu Harris ada buah hati baru.

"Saya tak cakap awak bodoh pun. Jap, jadi betullah awak tak percayakan saya Maira?"

Humaira terkedu dengan soalan Harris. Dia terkena semula. Mata Harris seperti hampa. Ah berlakon!

"Ya la, awak yang tipu saya kata tak ada apa-apa. Padahal ada benda awak sorok. Awak jangan nak tukar topik eh. Awak sengih mesej dengan siapa? Girlfriend awak ke?" Humaira menyoal lagi. Dia cuba menyorok rasa geram. Nanti dikata Harris dia cemburu pula.

"Awak masih nak sebut pasal Zaileen?" 

"Saya tak sebut nama dia pun. Perempuan lain kat U awak ke, kat tempat kerja awak ke. Tipulah tak ada yang try awak." Humaira menjeling sinis. Dia setia berdiri di tepi meja Harris.

"Eh macam mana awak tahu?" Harris menyoal. Sengaja dia hendak menyakitkan hati Humaira yang dari tadi mengesyakinya.

Humaira terlopong. Dia tidak mahu kalah pada Harris. Hatinya mula meruap panas tetapi dia cuba menyorok dengan wajah selambanya.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now