29

5.1K 201 17
                                    

●●Panjang sikit bab ni. Awas readers HUMAIRA disayangi semua 😂●●

Mak Azah memerhatikan Amni yang sedang mencuci pinggan di dapur. Apabila dia selesai mencuci pinggan, Mak Azah memanggilnya. Amni yang tidak menjangka apa-apa terus duduk di depan ibunya.

"Ya mak?"

"Amni. Mak nak cakap sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Kamu masih berharap pada Harris ke?" Mak Azah menyoal dengan rasa bersalah.

Riak wajah Amni serta merta berubah. Ibubapanya tahu Amni menyimpan perasaan pada Harris sejak kecil. Dulu mereka sangkakan hanya perasaan budak-budak dan sekadar suka-suka. Tidak sangka melarat hingga dewasa dan kini mereka mula risau kerana Harris sudah pun bergelar suami orang.

Amni mula membuat muka. Dia tahu apa yang akan keluar dari mulut ibunya. Mesti perkara yang sama. Mereka tidak akan pernah menyebelahinya.

"Tak tahu la kata berharap lagi ke tak, mak. Kenapa? Mak nak cakap benda yang sama ke?"

"Amni, Harris tu dah jadi suami orang tau. Kali ni dia balik kampung bawak isteri dia. Memang niat dia nak memperkenalkan Humaira tu kat saudara mara yang tak dapat datang kenduri diorang, macam kita ni. Maksudnya dia nak menghebahkan status diorang yang dah berpunya. Jadi kamu pun kena faham la yang sekarang kamu dengan Harris ada batas. Sedangkan sebelum ni kamu berdua yang dua pupu pun banyak batasnya apatah lagi bila Harris tu dah berkahwin."

Amni terdiam lama. Matanya memandang ke tempat lain. Bibirnya diketap lama. Kenapa balik-balik dia yang kena undur diri?

"Habis mak nak Amni buat apa? Jauhkan diri dari Abang Harris?" Dia membalas dengan wajah dingin.

"Bukanlah jauhkan diri sampai tak bertegur. Cuma hormat dia. Hormat Humaira tu sebagai isteri dia. Jaga batas dan kena ada rasa malu dalam diri kita ni."

Amni mendengus marah. Mak Azah masih menatap anaknya. Rasa bersalah hadir dalam hati tetapi kalau bukan dia, siapa lagi yang hendak menegur anaknya sendiri.

"Dari dulu mak abah tahu Amni suka kat abang Harris tu. Tapi kenapa mak abah tak buat sesuatu?" Amni menyoal semula. Dia dulu berharap mereka akan 'bertanya' tentang Harris pada kedua ibubapa Harris.

"Amni, waktu tu kan korang berdua budak lagi. Bila dah remaja, Harris pun dah berpunya. Dan dalam usia macam tu, takkan tiba-tiba kami nak pergi bertanyakan Harris pada mak ayah dia. Diorang pulak jauh di Kuala Lumpur tu. Kita pun tak tahu status Harris waktu tu. Dah berpunya ke belum, dengan siapa dia berkawan, bila dia merancang nak berkahwin. Umur muda lagi macam korang ni, mesti Harris ada cita-cita macam orang lain. Nak habiskan belajar dulu ke nak kerja dulu ke. Tapi kita memang tak tahu menahu benda ni."

"Eleh tunggu sangat dia tu. Tup tup kahwin waktu belajar jugak." Amni menjeling.

Mak Azah mengeluh mendengar kata-kata dingin Amni.

"Terus terang mak cakap. Kalau Harris pun ada hati dekat kamu, mesti dia nak kan kamu dari dulu." Nampaknya dengan orang degil begini Mak Azah perlu berterus terang. Tambah lagi pada remaja yang hanya mahu ikut kehendak sendiri dan tidak berfikir panjang.

Amni terus tergamam. Matanya terus beralih pada Mak Azah.

"Tapi tengok Harris tu. Dari zaman sekolah dia bercinta dengan orang lain. Maksudnya dia memang anggap kamu tak lebih dari saudara dia je. Kenapa dia kahwin dengan orang tu? Sebab dia suka dan sayang kat orang tu. Tengok macam mana Harris tu dengan Humaira. Dia layan Humaira tu sebagai isteri. Kamu pun belum lagi keluar dari kampung ni. Belum tengok dunia luar lagi. Nanti ramai lagi lelaki kamu akan jumpa. Kat kampung ni sendiri pun ramai lelaki lain. Bukan setakat Harris yang dah jadi suami orang tu je wujud kat sini. Mak tak kata kamu ni pengacau. Tapi kamu kena hormat orang yang dah berkahwin dan pasangan diorang jugak. Kalau kamu terasa dengan apa mak cakap, mak mintak maaf. Tapi takkan nak tunggu nenek atau mak ayah Harris sendiri yang tegur nanti. Lagi malu nanti. Fikir lah apa mak cakap ni."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now