58

5.1K 215 37
                                    

Wajah Zaileen mula berubah pucat apabila dihimpit dalam kesesakan orang ramai. Jantungnya berdegup laju bersama nafas yang semakin pendek. Puas dia mencari jalan keluar tetapi masih tidak jumpa. Tiba-tiba dalam ramai manusia di kelilingnya, Zaileen terpandang seseorang yang tidak jauh darinya. Matanya membulat teruja.

"Maira!" Zaileen menjerit memanggil susuk tubuh yang dilihatnya seperti Humaira.

Namun, Humaira tidak mendengar. Kakinya masih melangkah pergi.

"Maira!"

"Maira!" Zaileen mula melangkah mengekori Humaira.

"Maira!" Zaileen berlari mengejar Humaira yang semakin laju langkahnya. Keadaan semakin sunyi. Orang ramai tadi semakin menghilang. Hanya jalan raya yang terdapat kereta laju lalu lalang.

Akhirnya, apabila menghampiri jalan raya, Humaira terus menoleh ke belakang. Bibir Humaira terus tersenyum lebar pada Zaileen seolah tahu Zaileen ada di belakangnya.

"Maira." Zaileen tercungap-cungap lega akhirnya Humaira mendengar.

Humaira masih tersenyum padanya.

"Maira. Saya panggil awak dari tadi. Tapi awak tak dengar." Zaileen tersenyum melangkah menghampiri Humaira.

"Baby!" Suara Harris muncul.

Zaileen terus menoleh ke belakang.

"Baby, i dah jumpa Maira." Zaileen tersenyum lega.

"Mana?" Harris membalas.

"Tu." Zaileen terus tunjuk pada Humaira yang tercegat di depan mereka.

Namun, riak wajah Harris mula berubah. Wajah Harris berubah marah dan bengis. Dia mula melangkah laju melepasi Zaileen. Zaileen yang melihat situasi itu tergamam dan hanya melihat arah tuju Harris. Harris terus melangkah menuju ke arah Humaira. Tanpa diduga, dia terus mencekik Humaira sekuat hatinya.

"Harris!!!" Zaileen menjerit sekuat hatinya.

Dia terus berlari ke arah mereka. Wajah Humaira terbeliak menahan sakit seolah nyawanya hampir putus.

"Harris stop!!! Stop!! U buat apa?!!" Zaileen cuba menarik tangan Harris. Tetapi seolah tangannya terlalu lemah, dia terkulai jatuh.

Zaileen semakin panik melihat Humaira dicekik begitu. Dia cuba bangun dan terus menarik tangan Harris. Namun, Harris bertindak gila menolak Humaira ke atas jalan raya. Zaileen memejam matanya sekuat hati.

Bammm!!!

Keadaan sepi seketika. Naik turun dada Zaileen kerana terlalu takut. Terbeliak mata Zaileen melihat Humaira telah dilanggar sebuah kereta. Zaileen terasa lemah lalu terus jatuh terjelepuk di tepi jalan raya.

"U buat apa Harris?" Soalnya lemah.

"Perempuan tu dah bunuh anak kita. Memang patut dia dapat balasan yang sama." Harris membalas selamba lalu melangkah pergi.

Zaileen terkedu mendengar jawapan itu. Dia menggeleng sambil mengalirkan air mata.

"Harris. Kita kena tolong Maira!!" Zaileen terpekik memanggil Harris. Tetapi Harris hanya terhenti dan merenung dirinya.

Zaileen menoleh semula ke arah jalan raya. Jalan raya itu sudah dipenuhi darah merah. Dia terus menutup mulutnya kerana ketakutan. Tubuhnya menggeletar. Matanya tertancap pada sekujur tubuh di atas jalan itu.

"Maira...." Zaileen menyebut nama yang mereka cari selama ini.

"Maira!" Zaileen terus bangun cuba berlari ke arah tubuh yang sudah rebah.

Namun semakin laju dia berlari terasa semakin jauh Humaira daripadanya. Tiba-tiba matanya terkunci pada mata Humaira. Humaira masih tersenyum walau tubuhnya dipenuhi darah. Lama-kelamaan, air mata mula menitik dari matanya.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now