Comforter ditarik hingga paras bahu isterinya. Tidak mahu isterinya merasa kesejukan dek kerana suhu bilik yang kini mencecah 18 darjah celcius. Oleh kerana penyakit misteri dia ni, suhu sekeliling memang memainkan peranan penting. Kalau badan dia tak dapat nak adapt, memang akan demam.
Seumur hidup dia, tak pernah lagi dia demam. Jadi, kalau demam tu datang, kondisi badan dia akan berubah jadi semakin teruk. Bahkan, boleh membahayakan nyawa dia sendiri. Sebab itu lah mamanya menitikberatkan mengenai kesihatan dia.
Wajah isterinya yang sedang tidur pulas itu ditatap penuh minat. Tak semena-mena dia mengukir senyuman nipis. Dia duduk melutut disisi katil sementara matanya masih sama, tidak beralih memandang objek mahupun benda yang berada disamping nya. Cukup insan yang berada didepan matanya seorang dapat menarik perhatian dia.
Kedua tangannya menongkat dagu.
Kali ini, dia tidak mahu mengganggu tidur isterinya jadi dia hanya tatap sahaja. Cukuplah dia mahu isterinya berehat walaupun dah tidur masuk tiga kali. Tak mengapa lah, penat mungkin? Lagipun memang dia yang suruh Hannah berehat sementara dia kemas semula semua barang-barang isterinya ke dalam bilik wardobe beberapa jam yang lalu. Nak meringankan kerja-kerja isterinya katanya. Hannah pun tidak membantah, menurutkan sahaja.
Dan kini, baru sahaja dia siap mengemas semua barang isterinya. Penat? Mungkin tidak baginya kerana itu hal kecil sahaja. Setakat kemas-kemas barang, mudah sahaja dek kerana dia memang selalu bersihkan penthouse dia di Paris sana. Jangan kan bersih, licin terus.
Kepalanya disengetkan. Matanya masih menatap wajah isterinya yang sedang tidur itu. Fikirannya hanyut dengan bayangan wajah isterinya sendiri. Dari rambut, ubun-ubun isterinya, sehingga bibir wanita itu dia lirik satu per satu. Tidak satu pun dia terlepas pandang.
Hatinya tidak lepas memuji rupa paras wajah isterinya. Rambut coklat hazel milik isterinya yang sedikit berserabut dia pandang. Dia nak pegang tapi dia batalkan sahaja niatnya itu. Retina matanya perlahan turun ke kening isterinya yang elok terlukis itu. Tak lebat mana tapi cantik lah kalau dipandang. Kemudian matanya turun melirik hidung mancung isterinya. Jarang nak jumpa perempuan Melayu dengan hidung mancung ni. Selalu pesek je.
Akhirnya, matanya turun ke bibir. Sedikit kemerahan tanpa secalit lipbum, liptint mahupun sebarang alat solek. Natural gitu. Eh ada ke orang tidur pakai make-up? Ada, memang ada kalau jenis manusia yang terlalu penat sangat bekerja sampai lupa nak tanggalkan makeup.
Sibuk memuji rupa paras wajah isterinya, seketika dia teringat akan sesuatu. Dia berkalih sedikit badannya. Matanya melilau ke rak yang berada bersebelahan katil seraya tangannya naik membuka bahagian atas rak itu.
Satu kotak segi empat berwarna biru dikeluarkan. Sempat dia membuka kotak itu sekejap. Kelihatan satu cincin yang terletak kemas didalam itu. Tak semena-mena dia mengukir senyuman nipis. Cincin itu, dia beli tempoh hari di Thailand untuk Hannah. Walaupun dalam masih protesnya itu, dia tak pernah lupakan isterinya. Belikan juga hadiah untuk Hannah meskipun tengah merajuk.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...