| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 04 |🥀 : Green light

6.5K 276 16
                                    

                    Gerak geri Noah diperhatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Gerak geri Noah diperhatikan. Kasutnya dibukanya sebelum kakinya melangkah masuk kedalam rumah. Dia menoleh melihat Hannah yang masih berdiri tegak didepan pintu utama rumah agam yang mewah itu.

               “Hannah?,” nama Hannah dipanggilnya. Kening diangkat dan kepalanya ditoleh tanda menyuruh gadis itu masuk. Lambat-lambat Hannah melepaskan kasut tumitnya. Setapak demi setapak kakinya maju masuk kedalam rumah.

Noah mendahului nya. Kakinya hanya mengikut jejak belakang Noah. Putih matanya melihat ruangan rumah yang diisi dengan furniture mewah.

               “Kak Hannah!,” tegur Elisya yang baru turun dari biliknya. Tangga terakhir diinjak nya sebelum tubuh Hannah dipeluk erat. Seperti sudah bertahun tak berjumpa padahal baru seminggu lebih.

               “Siapa yang datang tu, Lisya?,” laung Mrs. Rose dari ruangan dapur. Sejurus makanan dihidangkan, Mrs. Rose meninggalkan dapur nya untuk menjenguk empunya badan yang datang ke rumahnya.

               “Má, Kak Hannah datang,” Elisya membantu mengenalkan Hannah kepada wanita yang separuh umur itu. Cantik orangnya.

Wajahnya sedikit berkedut, dan bebola matanya berwarna biru laut, sama seperti Elisya. Hannah memberikan senyuman. Banyak kali jugak dia fikir, sekarang ni dia bukan berada di Malaysia. Dan ianya negara orang. Patut beri salam? Dia sendiri tak tahu empunya orang yang dihadapannya itu beragama Islam atau bukan.

Hannah mengatur langkah. Dengan sopan tangannya dihulurkan untuk menyalam tangan wanita separuh umur yang dijangkanya mama Noah dan Elisya.

Sedikit kekok pada mulanya tetapi huluran tangannya disambut dengan baik. Sedikit terkejut dia apabila wanita itu memeluk nya erat kedalam pelukan.

Noah sudah membawa diri. Tidak mahu melayan drama depan mata. Fikirnya. Tahulah dia bagaimana mamanya melayan tetamu istimewanya itu.

               “Hannah belum lunch lagi kan?,” lembut nada suara yang dituturkan Mrs. Rose. Hannah menggeleng tanda belum.

Lengan Hannah dipeluk sebelum Mrs. Rose membawa Hannah ke ruangan makan.

Hannah mengambil tempat disebelah Noah dan punggung dihenyak ke kerusi makan. Segan dia dengan kehadiran mama Noah. Alah biasa lah tu. Mula-mula je segan, lama-lama nanti silap haribulan jadi belangkas. Kita sendiri tak tahu.

              “Mama nak tahu macam mana boleh jumpa? Kenal?,” tanya Mrs. Rose tiba-tiba. Hannah yang tadinya menunduk terus tegak badannya. Kelu bibirnya ingin membuka kata. Bagai di seletep bibirnya.

               “Lo encontré al costado de la carretera,” (Saya terjumpa dia di tepi jalan) Noah menyelah.

               “ I'm not asking you, Noah,” jelingan tajam diberikan. Hannah membetulkan tekaknya. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk dijawab. Dia tak faham sebenarnya apa yang dikatakan Noah itu, tapi dia diamkan saja.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now