Tak semena-mena suasana yang tadinya kacau-bilau dengan berdas-das tembakan dilepaskan, kini bertukar menjadi suasana yang hening. Anak mata masing-masing terarah tepat ke arah Noah yang berlumuran darah itu. Pistol yang berada ditangan Carl terlepas dari genggamannya. Laju dia menapak ke arah Noah yang berada tidak jauh darinya.
Kolar baju Mike yang berada diatas badan Noah ditarik nya kasar. Dicampak tepi tubuh Mike itu. Apa yang jadi pada Mike dia tidak kesah tapi jangan pada kawannya itu. Apa nak dijawab pada Mrs. Rose kalau Noah mati? Naya kau.
Dia melutut.
“Woii bangun!,” jeritnya. Wajah Noah ditonyoh-tonyohnya kasar. Fikirnya itu cara untuk membuat Noah sedar. Anak buah Noah yang kini menyaksikan keadaan King mereka hampir mengeluarkan air mata jantan mereka.
“Aku kata bangun, setan!” kali ini, satu tamparan kasar hinggap ke pipi Noah. Kasar dan kuat. Merona merah pipi Noah dek ditampar oleh Carl.
“Shit! Jangan kata yang King mati,” Ujar William yang memerhatikan keadaan King mereka melalui skop senapang nya.
“Rileks Yam. King tak mati,” balas Hans selamba. Gula-gula getah dikunyahnya seraya matanya memerhati sama seperti yang dilakukan oleh William disebelah nya.
“Mana kau tahu King hidup ke tak?,”
“Aku percaya yang King hidup. Takkan dia mati cepat sangat,” tak semena-mena satu beg hinggap diwajahnya. William membaling.
“Apa kau?,” beg yang hinggap diwajahnya tadi ditolak tepi. Sempat matanya menjeling tajam kearah William. Tak puas hati.
“Apa, apa?,” William mengangkat alis matanya. Seakan buat tidak tahu apa yang dia lakukan tadi. Hans menyepak kaki William kasar.
Akibat sepakan yang diterimanya, membuatkan dirinya terdorong ke tepi. William melepaskan kaca matanya yang terhias dibatang hidungnya. Amarahnya membuak-buak. Tidak puas hati dengan sikap Hans itu.
Kaki Hans disepaknya sama seperti dilakukan oleh Hans terhadap nya. Hans melepaskan genggaman nya dari memegang senapang M416 nya. Begitu juga William. Bila kembar dan kedua-dua nya tidak puas hati, begitulah yang berlaku. Gaduh.
Noah mencelikkan matanya beberapa kali.
“Kau asal?,” tanya Noah dengan polosnya. Tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Sempat dia melihat anak buah nya sudah menangis serupa hilang anak. Dengan hingusnya lagi. Apatahlagi Jay. Merah padam mukanya.
Carl mengangkat wajahnya setelah mendengar Noah bersuara. Dia menarik nafas lega. Begitu juga Ben dan Jay.
“Sial kau. Asal bangun lambat sangat. Aku fikir kau dah mati tahu tak!,” ucapnya. Diingat kembali kejadian yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Silapnya tidak memberikan pistolnya kepada Noah lebih awal.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Любовные романы𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...