| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 18 |🥀 : Fun Fair

3.4K 155 2
                                    

                    Peluh yang merenek di dahi dikesat menggunakan belakang tapak tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Peluh yang merenek di dahi dikesat menggunakan belakang tapak tangannya. Hilang suaranya dek menjerit melalak kuat gara-gara takut. Bahkan adiknya bukannya mencepatkan lagi langkahnya malah sengaja melambat-lambat. Segala carutan dalam pelbagai bahasa dia luahkan, tapi langsung adiknya tidak mengendahkan dia. Nak lari sendiri, takut. Putangina lah!   

               “Best ke masuk sana? Kalau best, aku masuk,” Ben bersuara. Hans hanya mampu memejamkan matanya. Tidak mampu lagi untuk bersuara. Anak tekak dia sakit gara-gara menjerit bagai orang gila dalam rumah hantu tadi.

               “Best, korang masuklah,” William mengangkat ibu jari, tanda mencadangkan Ben, Jay, K dan Lee untuk masuk kedalam permainan rumah hantu.

                “Eh, babi. Yang best nya kau! Yang aku ni kau tak fikir pulak,” kepala adiknya ditenyehnya tidak puas hati. Dengan suara yang hampir tiada, sedaya upaya dia bersuara juga.

                “Kau kalau tak ada suara, buat macam tak ada suara. Biar bisu terus. Sakit telinga aku kau mencarut tahu tak?,” pangkas William bengang tatkala kepalanya ditenyeh oleh abangnya.

                “Aku tengok korang dua gaduh macam best je masuk dalam tu,” komen Ben.

                “Memang lah. Kau belum masuk sana, belum tahu,” William mempamerkan senyuman.

                “Oh, kau keluar tadi King keluar sekali tak? Dari tadi kitorang tunggu, tak nampak pun dia,” tanya Jay sedari tadi hanya mendiamkan diri. Perasan akan ketiadaan King mereka itu. Mana pergi dia pun tak tahu. Tadi ada je sebelum masuk rumah hantu.

                “Tak nampak pulak. Tadi dekat dalam ada, pastu terus hilang,” jawab William. Nak saja dia cakap yang King mereka itu jerit gara-gara takut, tapi tak mahu lah dia mengatakan hal sebegitu. Minta mati kalau dia bersuara mengenai itu.

Segelas air minuman dihulurkan pada abangnya. Semarah-marah dia, hubungan mereka tetap adik beradik. Sekejap sahaja gaduhnya itu. Tak lama, Hans menyambut huluran gelas minuman itu, mengisi tekak yang dari tadi sakit.

Sementara, di sebuah tapak permainan Viking..

               “SAYANGGGG!!!,” teriak Noah memanggil isterinya. Sudah serabut rambut nya usah kata. Disebabkan permintaan isteri tersayang mahu bermain permainan Viking, dia turut ikut sekali. Nak biarkan isteri dia pergi sendirian, risau gamaknya. Nak tak nak, dia ikut juga teman.

Tapi tengok sekarang siapa yang takut sebenar nya?

               “APAAA??,” jerit nya.

               “STOPPPP!!!,” lengan Hannah digenggam nya erat seakan tidak mahu melepaskan. Mata pula elok terpejam rapat.

               “MANA BOLEH STOP SEKARANG NIII,”

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now