Telefon diperhatikan berkali-kali. Hatinya sudah tidak sabar lagi! Menunggu balasan daripada si penerima yang sudah hampir tiga hari tidak membalas. Mana Noah ni? Kita mesej tak reply pun!
“Dah kenapa pandang fon tu? Tunggu siapa mesej?,” tanya Puan Sarah seraya memerhatikan anak perempuan nya yang dari tadi tak keruan melihat fon berkali-kali.
Masuk hari ini, dah hari kedua dia pulang semula ke kampung. Lepas sahaja Noah hantar dia pulang, esoknya tu terus Hannah tempah tiket penerbangan balik Kedah. Tak mahu dia rawat diri sorang-sorang dekat bandar sana. Lagipun dia dah diberi cuti sakit selama seminggu.
Kali ini, telefon diraihnya. Jarinya lincah mencari mesej perbualan antara dia dan Noah. Dilihat Noah yang sedang dalam talian dan sedang menaip mesej. Dengan sabar Hannah menunggu. Lama dia menunggu akhirnya satu mesej pun Noah tak kirim. Terus offline begitu sahaja. Hampir nak keluar air mata dia dek kerana meratapi telefon, menunggu balasan daripada Noah.
“Ya Allah, kenapa pulak nangis pulak ni?,” air mata dikesat menggunakan belakang tapak tangannya. Ketahuan dek umi.
“Tak ada apa lah umi. Masuk habuk je ni,” lagi berderai air mata apabila dia mengucapkan kata-kata itu. Sedar air mata dah mencurah-curah membasahi pipi, Hannah bangun meninggalkan umi nya yang berada di ruang tamu. Kaki nya diatur ke bilik.
Pintu biliknya dikunci dan dia menapak ke katil. Tubuhnya dihempaskan ke atas katil. Bantal diambil dan wajahnya disembamkan. Sejak dia propose Noah kat klinik tempoh hari, mesejnya tak dibalas. Perasaan kena reject memang sakit betul.
“Awak. Awak nak kawin dengan saya tak?,” itu kata-kata yang selalu berlayar di fikirannya. Sungguh dia rasa muka dia tebal gila sampai tak sedar langsung boleh cakap macam tu pada Noah. Pastu kena setepek, depan muka kena reject. Malunya!
Suasana diluar biliknya tiba-tiba bertukar menjadi riuh-rendah. Walaupun perasaan ingin tahu itu ada, tetapi Hannah masih tidak mahu berganjak, keluar daripada bilik. Dia masih mahu tenangkan perasaan dia.
Pintu bilik Hannah diketuk beberapa kali. Hannah menggeliat sedikit.
“Adik, ada orang datang ni. Tak nak keluar ke?,” ucap Puan Sarrah di luar pintu biliknya.
“Tak nak,” Hannah menyahut seraya wajahnya disembamkan ke bantalnya.
Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dengan mata yang tertutup, tangannya di depakan, mencari telefonnya. Jumpa sahaja telefonnya, Hannah mencelikkan matanya. Telefon dinyalakan dan ditatap. Terlihat satu mesej daripada Noah.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...