| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 52 |🥀: Do you love me?

1.4K 89 5
                                    

              Tawa Hannah meledak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              Tawa Hannah meledak. Mengekek dia ketawa tatkala melihat Noah yang terkial-kial cuba membawa basikal. 

Dah kata tadi biar dia yang bawak. Degil nak try hard bawa basikal sangat. Tak pasal-pasal jadi bahan tawa untuknya.

              “Janganlah gelak,” Noah mencebik. Bibir dimuncungkan dek kerana melihat Hannah yang tertawakan dirinya tika ini.

              “Ayang lah. Sayang dah cakap tadi biar sayang yang bawak. Tengok sekarang seinci pun tak bergerak basikal kita,” ujar Hannah bersama sisa tawa yang masih ada.

              “Ayang tengok lah! Diorang pun gelakkan kita. Dah 10 minit kita kat sini tak gerak-gerak,” Hannah menuding jari ke arah manusia-manusia yang memandang mereka berdua.

              “Mana?,” Noah panggung kepala. Kepala ditoleh mengerling ke arah yang ditunjukkan oleh Hannah.

              “Tak ada lah. Sayang tipu je. Meh lah sayang bawa. Kita pergi ronda-ronda tempat lain pulak,” ujar Hannah. Noah turutkan sahaja. Dia kini menukar tempat duduk. Duduk di seat belakang dimana dia duduk seperti pada mulanya.

              “Kita nak pergi mana pulak lepas ni?,” tanya Noah.

              “Ada lah. Rahsia. Mana boleh bagitahu nanti tak jadi lah rahsia,” Noah tayang muka monyok. Suka sangat rahsia kat dia. Hmp!

Hannah senyum senget. Dengan lafaz bismillah, perjalanan diteruskan seperti yang dirancang.

Rambut hitam keperangannya sudah tidak lagi rapi. Hannah senyum. Riak muka suaminya dipandang lama penuh minat. Terasa angin kuat menampar wajahnya.

Mujur juga, rambutnya sudah diikat oleh Noah sebelum mereka tiba disini. Kalau tidak, memang kacau betul! Sudah pasti wajahnya ditampar-tampar dengan rambutnya sendiri.

Kedua-dua kelopak mata dipejam rapat bersama satu senyuman dibibir.

Suasana yang tenang dengan hanya bunyi burung berkicauan. Udara yang segar tanpa debu-debu kotor sepertimana suasana di bandar kota sana.

              “Sayang, kalau hari-hari macam ni nak balik kampung lah,” ujar Noah dengan mata yang masih terpejam rapat.

              “Best kan...suasana kampung? Tenang je..” retina matanya masih tidak lepas menatap wajah itu penuh minat.

Noah angguk mengiyakan. Tidak menafikan butir kata Hannah tadi.

Lama dia memejam matanya sebelum kelopak mata dibuka perlahan-lahan, sedar akan dirinya diperhatikan dengan sangat lama.

Alis mata Noah terangkat.

              “Kenapa pandang Bie macam tu?,” tanya Noah. Tak semena-mena kedua-dua mata Hannah berkelip-kelip. Malu akan dirinya sudahpun ketahuan.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now