| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 33 |🥀: New York

2.4K 86 13
                                    

                     Sekujur tubuh yang sedang terbaring dipandang sekilas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekujur tubuh yang sedang terbaring dipandang sekilas. Mujur dia tidak mendengar saranan Hannah untuk terus menunggu sebaliknya dia memanggil beberapa orang doktor untuk merawat Hannah. Kalau dia lambat tadi sudahpasti jadi lagi teruk.

"Reina dah okay sekarang. Ubat pun dah makan. Sekarang dia tengah tidur. Mungkin effect dari ubat yang dia makan," terang Evelyn. Anak matanya masih tidak lepas memandang Hannah yang terbaring masih tidak sedarkan diri.

Noah menghela nafasnya. Tak dapat dia bayangkan sekiranya apa-apa berlaku terhadap isterinya. Panggilan telefon yang diterima beberapa minit yang lalu sedikit sebanyak membuatkan jantungnya bagaikan mahu gugur. Rasa risaunya tidak dapat disimpan lagi. Bahkan meeting pun terpaksa ditunda.

"Air yang Reina minum tu dah check? Memang tak ada kena mengena dengan air yang dia minum?,"

"Dah check, memang tak ada apa-apa dengan air tu,"

"Kalau Reina dah sedar, call aku balik. Kalau jadi sekali lagi, aku akan pergi sana walau macam mana pun jadi,"

"Baik," jawab Evelyn pendek sebelum talian dimatikan oleh orang disana. Telefonnya disimpan kedalam kocek seluarnya. Langkah dibawa menuju kearah Hannah. Comforter yang menyelubungi tubuh Hannah ditarik sehingga paras dada. Tidak mahu Hannah merasa kesejukan. Malam esok ada pertunjukan fesyen, jadi kesihatan perlu dijaga.

Telefon diletakkan diatas meja. Satu punat telefon pejabat ditekan.

"Carl. Panggil yang lain masuk. Kita selesaikan meeting hari ni jugak," arah Noah tegas. Dia tidak mahu melambat-lambatkan lagi masanya di Itali. Dia mengambil keputusan untuk tiba di kota New York secepat yang mungkin.

Selang beberapa minit, beberapa orang pekerja termasuk anak buahnya memasuki ruangan bilik meeting dengan fail-fail dokumen ditangan dan juga komputer riba.

"Macam mana? Reina dah okay ke? Reina tak apa-apa kan?," K memberanikan diri untuk bersuara walaupun dari sudut hatinya agak takut untuk bertanya.

"Reina dah okay. Cuma belum sedar," jawab Noah beriak tenang walhal hatinya diragut rasa risau. Masih terasa risau dek kerana isterinya masih belum sedarkan diri.

K sekadar mengangguk faham. Yang lain juga begitu. Carl pula seperti biasa, sememangnya tidak mengambil tahu mengenai hal wanita. Lagaknya sibuk menekan papan kekunci pada laptopnya tanpa mempedulikan hal yang sedang dibualkan sekarang.

"Carl," jejaka itu lantas menoleh pabila namanya diseru.

"Aku nak berangkat ke New York esok,"

"Ya tapi..."

"Ya aku tahu. Tangguhkan segala urusan sementara aku dekat New York. Aku pergi sana dua hari. Uruskan mana-mana yang boleh. And lagi satu, projek baru kita dekat Cuba, aku nak kita dapatkan," Noah memberi kata putus. Carl tidak mampu menolak. Dia tahu sekiranya Noah sudah memberi kata putus, sememangnya tiada peluang lagi untuk dia bersuara lagi pendapatnya.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now