Suasana bertukar hening sebaik sahaja anak-anak buahnya menjadi orang terakhir yang beredar pergi meninggalkan mereka berdua diruangan bilik mesyuarat itu. Dan kini tinggal dia dan juga Hannah yang masih lena tidur pulas memeluk lengannya.
Hidung mancung isterinya dicuit sekali. Memastikan isterinya yang tidak langsung terasa terganggu dengan tindakannya membuatkan dia tersengih sendiri. Betul-betul mengantuk sangat ni isterinya ini.
Jam dipergelangan tangan kirinya dikerling seketika. Kelihatan jarum jam menunjukkan jam empat petang. Sudah masuk dua jam dia disini menemani Hannah yang tidur pulas.
KLAK!
Seketika, kedengaran bunyi daun pintu dikuak dari luar membuatkan jari telunjuknya naik menyentuh bibir untuk tidak meninggalkan sebarang bunyi bising kepada seorang kakitangan pekerjanya yang menugaskan untuk membersihkan bilik mesyuarat sebaik sahaja selesai digunakan.
Dia memberikan isyarat tangan untuk meninggalkan mereka berdua kepada pekerja wanita tersebut. Wanita itu angguk mengerti. Akur dengan arahan majikannya itu sejurus sahaja menerima arahan tersebut.
Sebaik sahaja daun pintu ditutup dari luar, Hannah menggeliat kecil. Merasakan tidurnya sedikit terganggu dengan bunyi yang terhasil sebentar tadi.
Sedaya upaya mata cuba dicelik. Kepala dipanggung memandang Noah yang kini memandang dia dengan satu senyuman.
"Sorry, yayang. Sayang mengantuk sangat tadi. Mesti lama kan sayang tidur? Sampai tak ada orang dah," luah Hannah. Sedar akan kesilapannya. Sempat dia mengerling ke arah jarum jam dipergelangan tangan suaminya. Lama betul dia terlelap sampai tak sedar dah masuk empat petang sudah.
Disebabkan dia, suaminya tunggu sehingga dia sedar dari tidurnya. Tidak mahu menganggu dia tidur.
Noah geleng kepala bersama senyuman meniti dibibirnya.
"Tak ada lah sayang. Mana ada lama. Meeting baru je habis. Diorang pun baru je keluar tinggalkan kita tadi," ujarnya. Tipu sunat tidak mengapa kan? Dia tidak mahu Hannah merasa bersalah membuatnya tunggu menemani Hannah tidur.
"Tipuuuu..." balas Hannah. Melihat dari riak muka suaminya dan juga segala kertas kerja yang berada diatas meja milik suaminya sudah tiada, dia tahu meeting sudah lama bersurai. Entah berapa lama suaminya menemani dia tidur tadi.
Hakikatnya, bukan dia yang teman Noah work tapi Noah yang teman dia sebenarnya!
"Mana ada yayang tipu. Betul lah," nafinya sekali lagi. Dia tahu mahu Hannah rasa bersalah jadi dia terpaksa berbohong.Tidak mengapa kan?
"Yayang tipuuu..." bibirnya mencebik. Dia tahu Noah berbohong dengannya. Dia kenal suaminya macam mana. Kalau dia tidur, mana nak kejutkan. Tak nak menganggu tidurnya punya pasal alasannya. Entah dia nampak muka dia letih sangat kut sejak mengandung ni. Sampai nak kejutkan dia bangun dari tidur pun payah.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...