| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 63 |🥀: Pelik

879 56 15
                                    

               K tunduk menekur lantai jubin berwarna putih villa tiga tingkah milik Noah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               K tunduk menekur lantai jubin berwarna putih villa tiga tingkah milik Noah. Lee juga ikut sama melakukan perkara yang sama. Gerun untuk menatap wajah King sekarang ini.

Seawal dua pagi begini mereka berdua dipanggil oleh King dengan tujuan yang mereka tidak tahu. Mungkin atas sebab Reina mereka dipanggil.

              "Sebabkan korang Reina tak boleh tidur ingatkan apa yang korang dua dah buat kat dia," suara Noah memenuhi ruangan ruang tamu itu.

K dan Lee masih melakukan perkara yang sama. Tunduk untuk mengelak dari bertentang mata dengan King. Akur dengan kesalahan yang mereka berdua telah lakukan. Mana tidaknya, kesalahan yang mereka lakukan bukannya kecil, kesalahan besar pula tu memang padan lah kena hadap dengan King.

              "Aku tak main-main bila aku bagi arahan untuk korang jaga dia. Jaga keselamatan dia. Sebab apa? Sebab aku rasa macam-macam boleh jadi. Aku tak tahu, kalau aku lambat tarik dia naik dari air time tu entah apa jadi dekat dia..." butir kata Noah kedengaran serius. Wajahnya juga dingin menahan amarahnya.

              "King. Aku mintak maaf, salah aku. Salah aku sebab melampaui batas bergurau dengan Reina sampai Reina hampir lemas," tutur Lee. Sebaik yang mungkin cuba untuk memberanikan diri untuk mengakui kesalahannya.

Tangannya mengepal penumbuk. Meluap-luap amarahnya cuba ditahan. Mengingatkan lagi betapa sukarnya isterinya untuk tidur dengan lena gara-gara trauma dengan apa yang berlaku terhadap isterinya membuatkan dia sendiri rasa kesal dengan dirinya kerana tidak dapat menjaga Hannah dengan lebih baik.

Dia bangkit bangun. Langkahnya perlahan menghampiri mereka berdua yang masih tunduk menekur lantai. Sedari akan kehadiran King yang semakin menghampiri, perlahan-lahan K mundur setapak. Dia sendiri gerun untuk melihat wajah King untuk masa ini. Sudah tentu ada hukuman berat untuk mereka berdua atas kesilapan yang mereka dua lakukan.

Bahu K disentuh. Secara tidak langsung tindakan itu membuatkan K sedikit kaget. Tak semena-mena bahunya terhenjut. Terkejut dengan tindakan King yang menyentuh bahunya.

              "Aku nak korang dua bagi Reina masa untuk dia baik dari trauma yang dia hadap. Kalau dia dah bersedia nak jumpa korang dua, aku nak korang minta maaf dengan dia atas apa yang korang buat dekat dia," ujar Noah. Tanpa aba-aba K dan Lee panggung kepala. Tidak dapat percaya dengan apa yang mereka berdua dengar dari mulut King sendiri.

Riak wajah Noah dilihat. Jelas kelihatan dari riak wajahnya menunjukkan dia serius dengan butir kata yang dia ucapkan buat K dan Lee.

Fikir mereka King akan melepaskan amarahnya pada mereka berdua tapi luar dari jangkaan mereka sendiri.

              "Faham tak apa yang aku cakap ni?," tanya Noah. Riak wajahnya kekal serius. Benar-benar serius dengan butir katanya. Seandaikan mereka berdua tidak menurut, tahulah mereka berdua apa yang dia akan berikan buat mereka.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now