Sudah hampir masuk dua hari Noah tidak menyapa dia. Bahkan bercakap dengan dia pun tak mahu. Jejaka itu masih dalam protesnya sampai sanggup tak tidur sebilik dengan dia. Bila dia nak bersuara sahaja, jejaka itu terus menghilangkan diri. Tak tahu lah macam mana lagi nak pujuk suaminya lagi.
Hannah menjenguk melihat segenap ruang tamu itu. Mencari figura suaminya. Dalam pada protes pun Noah masih masakkan makanan untuk dia. Nampak tak betapa dia sayang sangat isteri dia tu? Hannah sahaja yang tak nampak semua tu.
Anak buahnya sahaja lah yang terpaksa cari makanan mereka sendiri dek kerana Noah hanya masak cukup-cukup untuk isteri dia sorang.
“Reina, cream yang you bagi hari tu macam tak ada function je. You kata sehari dua boleh hilang jerawat I. Ni tak hilang lagi pun,” rungut Hans. Ya, dua hari lepas dia mengamuk sampai ketuk pintu bilik Hannah sampai nak pecah semata-mata bengang seketul jerawat tumbuh dekat muka dia.
“Ya, esok hilang la tu,” balas Hannah malas-malas. Matanya ralit melihat ke luar rumah. Mencari kereta yang digunakan suaminya ada atau tidak.
Dia jenguk sikit. Kelihatan kereta Porsche Taycan milik suaminya elok terparkir di kediaman rumah banglo mereka tetapi yang menjadi tanda tanyanya, mana pergi suaminya? Kereta ada, orangnya kemana pula?
“Oh, I lupa nak bagitahu you. King cakap esok kita balik Malaysia. You tahu kan?,” soal Hans. Hannah hanya mampu mempamerkan senyuman nipis. Takkan dia nak cakap yang dia tak tahu? Nanti apa pula Hans fikir. Jadi dia senyum iyakan saja.
“Reina, you tak siap lagi ke? Kejap lagi kan nak keluar?,” pangkas William yang baru sahaja menginjak anak tangga terakhir. Perasan akan pakaian Hannah yang menggunakan pakaian rumah.
Serentak kedua mereka berpaling. Haruman minyak wangi maskulin jejaka itu betul-betul menusuk ke dalam lubang hidungnya. Nak sesak pun ada. Entah sebotol ke dia pakai?
“Haah, you tak pergi bersiap ke?,” soal Hans pula. Matanya terarah pada Hannah pula. Dia mengangkat alis matanya. Naik turun matanya menilik pakaian yang dipakai Hannah sekarang ini.
“Nak pergi mana?,” kali ini Hannah mengerutkan dahinya. Sungguh dia tak tahu nak pergi mana sekejap lagi. Tambah-tambah lagi, tak ada seorang pun bagitahu nak keluar. Lepastu, baru sahaja dia tahu yang esok nak balik Malaysia. Itupun Hans yang bagitahu. Kalau tak de siapa bagitahu dia? Hah, tinggal sorang lah dia esok kena tinggal.
“Pergi mall lah kan? King kata yang you nak shopping? Yang you tanya kenapa? Bukan you sendiri kata dekat King nak pergi shopping kan?,”
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...