| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 19 |🥀 : Fun Fair (V2)

3.3K 154 11
                                    

                    Seusai sahaja keluar dari tapak permainan bumper car, mereka berlima menghampiri dua figura yang hampir dua puluh minit menunggu mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Seusai sahaja keluar dari tapak permainan bumper car, mereka berlima menghampiri dua figura yang hampir dua puluh minit menunggu mereka. Hans menjenguk sekeliling, mencari dua lagi figura manusia iaitu King dan juga Mika. Hairan dengan ketiadaan kedua figura yang dicari nya.    
               “Kau cari siapa? King? Mika?,” soal Jay. Tahu-tahu sahaja dia mencari dua insan itu. 

               “King mana?,” soal William yang baru sahaja menghampiri mereka. Sama seperti abangnya, mencari kedua figura manusia itu.

               “Jap, reina mana?,” Ben bersuara. Pantas, Hans dan juga William berkalih melihat belakang, mencari tiga lagi manusia yang bersama mereka sebentar tadi. Hannah, K, dengan Lee pergi mana?

               “Tadi-- bukan ada dengan kita ke?,” riak wajah William sudah berubah cuak. Hans berdehem, cuba membetulkan anak tekaknya. Akibat naik Challenger yang berpusing tiga ratus enam puluh darjah tadi, membuatkan dia menjerit takut. Mana tidaknya, atas bawah kiri kanan dia berpusing. Serius cakap, dia takkan pijak kaki lagi datang tempat neraka ni.

               “Tu, kat sana,” Jay mengerling ke arah ketiga manusia yang dicari mereka. Sibuk membeli jajan di sebuah gerai tidak jauh dari mereka.

Ben menghela nafas lega. Kalau hilang reina ni, macam mana nak dijawab dekat King? Mahu naya. Belum sempat nak bersuara, memang dah kena jerkah.

               “Dah habis main dah kan?,” tanya Jay. William hanya mampu angkat bahu, tidak tahu. Hans dipandang nya pula.

               “Kenapa tanya aku? Mana aku tahu. Aku bukannya nak sangat main semua game dekat sini,” walaupun serak, Hans cuba bersuara. Tidak lama kemudian, ketiga figura menghampiri mereka bersama jajan ditangan. Mulut pula penuh dengan makanan.

               “Nak balik dah ke?,” soal Hannah dengan mulut yang penuh dengan makanan. Langsung tidak berupa model dah sekarang ni. Dengan dikelilingi pula enam orang jejaka kacak depan mata. Weh tak senonoh weh! Tapi tak apa, K dengan Lee pun dah comot dengan coklat dibibir mereka. Cumils!

               “Er, you still nak main lagi ke?,” soal Jay ragu-ragu. Dia mengangkat alis matanya ingin tahu.

Semua mata memandang tepat kearah Hannah, menginginkan jawapan. Hannah tersengih kecil, mempamerkan barisan gigi yang tersusun elok. Giginya pula sudah comot dengan coklat.

               “Reina, cuba you tengok sekarang dah pukul berapa dah. Nak dekat tiga pagi you tahu tak,” beritahu Jay dengan nada suara yang sedaya upaya dikawal. Tak marah, cuma sedang-sedang macam tu.

Hans sekadar memerhati dengan pakej menyilangkan tangannya. Malas dia mahu ikut campur, biarlah Jay yang bersuara beritahu Hannah sendiri.

Hannah mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya. Ya, betul apa yang dikatakan oleh Jay sebentar tadi. Sudah hampir masuk jam tiga pagi! Seronok main tadi sampai tak ingat nak balik.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now