| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 26 |🥀 : Melting 🧊

3.4K 139 34
                                    

                    Tak bergerak Hannah memandang rumah yang terbina gah didepan matanya dengan mata yang tidak berkelip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Tak bergerak Hannah memandang rumah yang terbina gah didepan matanya dengan mata yang tidak berkelip. Sedar diri yang dia ni kerja model sahaja, tak mampu nak beli rumah sampai mencecah jutaan ringgit yang tersergam gah itu.   

Mereka kini sudahpun tiba di perkarangan Villa mewah tiga tingkat milik Noah.

Cermin pintu kereta sebelah pemandu diketuk dari luar menyentakkan Hannah yang masih mengelamun sendiri. Tidak sedar akan suami dia sudahpun keluar dari perut kereta dan kini tercegat depan muka pintu kereta sebelah pemandu.

Cepat-cepat Hannah menguak pintu kereta dari dalam. Dia jejakkan kaki keatas lantai halaman rumah yang rata itu.

Melihat figura suaminya bergerak ke muka pintu rumah itu, dia mengekori dari belakang. Diam tak berkutik dia memerhati suaminya yang sedang buka pintu masuk rumah menggunakan satu kunci.

                    “Tak nak masuk, sayang?,” soal Noah sedari Hannah masih tidak menjejakkan kaki masuk ke dalam Villa miliknya. Hannah masih membatu. Merasa tidak selesa dengan rumah suaminya yang mewah belaka ini.  

Noah melutut. Dengan niat mahu membuka kasut canvas yang tersarung dikaki isterinya.

                    “Pegang Bie kalau tak nak jatuh,” tangan isterinya itu diraih dan dia letakkan ke bahu dia supaya Hannah dapat menstabilkan dirinya. Tindak-tanduk suaminya yang sedang membuka kasutnya itu diperhati nya. Tak semena-mena senyuman nipis terukir.

Sikap suaminya lepas kahwin berubah manja. Kadang-kadang clingy, kadang-kadang romantik. Kadang tu pulak comel. Suka tengok Noah yang sekarang ini. Tapi kalau terlalu romantik sangat tak boleh jugak. Rasa manis sangat sampai semut pun datang.

Sementara Noah membuka sebelah lagi kasut yang tersarung dikaki dia, tangannya naik bermain-main dengan rambut suaminya yang sedikit perang itu. Lebat. Macam rambut dia. Ihiks! Jodoh kutt sebab tu sama.

Noah kembali berdiri setelah siap membuka kasut canvas yang tersarung dikaki isterinya. Sepasang kasut isterinya dan kasut milik dia yang dia pakai tadi dia pegang lalu melangkah masuk ke dalam Villanya. Kedua pasang kasut tadi disimpan dengan rak kasut yang berlainan. Satu miliknya, dan satu lagi dia khaskan untuk isterinya.

Tangan ditepuk-tepuk, cuba menghilangkan debu yang melekat di tapak tangannya. Dia berpaling sekejap ke muka pintu masuk rumah itu. Kelihatan Hannah masih tercegat didepan muka pintu itu bagaikan kaki sudahpun digam dengan simen lantai itu. Tak nak masuk ke?

Langkah dibawa ke muka pintu.

                    “Masuk lah, sayang. Rumah kita,” tangan isterinya diraih dan dengan lembut dia menarik Hannah supaya masuk ke dalam. Tidak lupa senyuman yang terukir di bibirnya.

                    “Rumah kita?,” soal Hannah dengan muka tidak percayanya. Rumah sebesar ni suami dia kata ‘rumah kita’? Sedangkan sewa tapak, air, elektrik, rumah semua bukan dia yang bayar. Nak botak kepala dia kalau nak bayar weh.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now