Dengan airpod yang terlekat di telinga, dia keluar dari perut kereta mewahnya. Wajahnya pula terhias dengan kaca mata hitam yang dipacak ke batang hidungnya. Jam tangan yang melilit pergelangan tangan kanannya dikerling seketika. Sudah menunjukkan jam 5:30 petang. Dia mengagak yang Hannah masih belum selesai kerja. Tak mengapa lah kan? Dia sanggup menunggu.
Retina matanya naik melihat signboard yang tertulis E-Mart 24. Hari ini merupakan hari pertama isterinya bekerja setelah sahaja bergelar isterinya. Alang-Alang dah terlalu kedai ini, dia singgah sekejap untuk membelikan makanan kesukaan isterinya iaitu Bingsu. Dia tahu, Hannah suka sangat dengan mangga. Jadi kalau dia beli tak mungkin Hannah akan menolak, kan?
“Flight ke Italy esok kau jangan lupa. Aku dah banyak kali ingatkan kau,” tegur Carl dari corong telefon.
“Italy?...” langkahnya terhenti seraya mendengarkan kata-kata Carl tadi. Pintu masuk juga dibiarkan terngaga. Apa ni? Bila masa Carl cakap yang mereka akan berangkat ke Itali? Ke dia yang ingat-ingat lupa ni? Baru sahaja berapa hari dia pulang ke Malaysia takkan perlu tinggalkan Malaysia lagi? Hannah macam mana? Isterinya itu kan sibuk dengan kerja modelnya. Tak sanggup lah dia nak tinggalkan Hannah lagi.
“Ye lah. Kau lupa ke? Aku dah ingatkan kau sejak semalam lagi. Semua mesej-mesej yang aku hantar tu tak baca ke apa? Aku tengok bluetick, aku fikir kau dah baca,”
“Esok?..” soalnya. Pintu dibuka sedikit luas sementara membiarkan pengunjung yang datang di kedai itu dapat keluar dengan mudah.
“Yaa esok. Flight kau pukul 9 pagi. Kau jangan lupa. Ni dah masuk kali ke berapa dah aku ingatkan kau,”
“Terima kasih,” ujar salah seorang yang baru sahaja melepasi pintu yang dikuak oleh Noah. Merasa sedikit mudah dek kerana tangannya penuh membawa makanan yang dibelinya. Noah sekadar mengangkat sebelah keningnya.
“Carl, aku busy ni. Aku off dulu..” talian segera dimatikan. Carl disana sudah tercengang. Dia belum menghabiskan katanya lagi, Noah dah matikan talian. Semudah abc sahaja. Dah lah dia dah remind awal-awal melalui whatsapp tapi di bluetick nya. Lepastu bukan baca pun!
Jarinya lincah menekan skrin telefonnya. Carian nama seorang anak buahnya yang kini berada di Paris dicari. Tertera sahaja nombor anak buahnya, terus dia menekan punat mesej.
‘Balik Malaysia dengan segera,’
Punat send ditekan. Sepantas kilat gerangan disana dalam talian pabila mendapat arahan Noah yang satu itu. Senyuman senget dipamerkan. Menyedari akan gerangan disana sedang manaip, laju dia mematikan skrin telefonnya lalu menyimpan semula telefonnya ke dalam kocek seluarnya. Sudah tahu apa bakal mesej yang akan diterimanya.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...