| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 74 |🥀: New Chapter As Becoming Parents✨

1.1K 49 3
                                    

 

           Kelopak mata dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           Kelopak mata dibuka. Secara tidak langsung bibirnya mengukir senyuman melihat figura suaminya didepan matanya menatapnya kini bersama sengihan.

                "Dah bangun dah sayang yayang ni ya?," tangannya mencuit pipi isterinya. Hannah tayang sengihan. Tangannya naik menyentuh belakang telapak tangan suaminya yang asyik mencuit pipinya.

                "Mana twin, yayang? Senyap je," soal Hannah hairan. Iya lah, mana mungkin sudah matahari naik sebegini si kembar masih lena. Celik je mata cari suaminya ini. Bila senyap macam ni terasa pelik tiba-tiba.

                "Ada dekat bawah main dengan pakcik diorang," jawab Noah selamba. Tak semena-mena Hannah tertawa kecil mendengarkan itu. Rasa-rasa dia, si kembar tak ada pakcik lain selain abangnya Haziq dan juga Niall. Mana datang pakcik lain nya ni.

                "Boleh ke diorang jaga Arin dengan Aireen tu yayang? Itu hari Hans dengan William tunjuk muka je dah nangis si Aireen tu tengok muka dia," terkekeh-kekeh Hannah tertawa bila mengingatkan hal itu sekali lagi. Tempoh hari semasa dia masih di hospital, Hans dan juga William datang melawat. Yang lucunya, nampak sahaja muka Hans dan William terus si Aireen menangis. Baru tunjuk muka, belum lagi cuba mengacah-acah lagi. Baru nak mengacah-acah, lagi kuat tangisan Aireen melihat Hans dengan William.

                "Tak ada lah sayang. Elok je diorang main dengan Arin dengan Aireen," ujarnya seraya pipi isterinya diusap pelan.

                "Iya?," Hannah jungkit alis matanya. Noah terus angguk mengiyakan sahaja.

                "Sayang lapar tak? Yayang ada masakkan breakfast untuk sayang," soal Noah. Ralit, anak matanya tidak lepas menatap wajah isterinya. Laju Hannah angguk mengiyakan.

                "Hmm.. makan dekat bawah lah yayang. Ada diorang sekali," cadangnya seraya perlahan-lahan dia bangkit bangun dari pembaringan.

                "No, sayang. Kita makan kat dalam bilik ya? Boleh manja-manja sikit dengan sayang dalam bilik," tangannya memainkan peranan memperbetulkan letak duduk bantal tidur untuk isterinya bersandar ke kepala katil agar lebih selesa.

Hannah mencebik. Dia tayang muka masam melihat Noah yang meraih pinggan berisi nasi dan juga hidangan makanan pantangnya.

Riak muka isterinya yang mencuka itu dilihatnya. Retina matanya mula bermain peranan. Redup anak matanya menatap wajah isterinya kini.

               "Sayang, kan sayang tengah pantang sekarang ni. Yayang bukan tak nak bawak sayang breakfast kat bawah tapi kan ada diorang? Makanan sayang dengan diorang punya lain. Yayang tak nak nanti sayang tengok makanan diorang nanti sayang rasa tak ada selera nak makan. Kita makan dalam bilik ya, sayang? Yayang suapkan sayang makan," ujarnya pelan. Hannah diam tidak berkutik untuk seketika.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now