Hannah mencebik. Perasaan diragut rasa bersalah yang mendalam. Pakaian yang dia hadiahkan untuk suaminya sedikit senteng. Rasa bersalah teramat sangat sebab tak tahu saiz pakaian suaminya sendiri.
Noah pula, dari tadi memujuknya mengatakan tidak apa-apa dengan pakaian yang dipakainya sekarang.
"Dah lah, sayang. Jangan fikir lagi okay? Senyum lah sikit," pujuk Noah. Senyuman tidak lupa dihadiahkan pada Hannah.
Selimut yang dilipat diatas kepala sofa diraihnya lalu diselimutkan pada isterinya kemudian matanya beralih pada skrin tv yang memaparkan sebuah drama asing.
"Tengok cerita apa ni sayang?," tanyanya lembut dengan retina mata yang masih menatap skrin tv itu.
Hannah tidak menjawab, sebaliknya menjungkit bahu. Berat untuk dia bersuara sedangkan fikirannya memikirkan perasaan bersalah nya lagi.
"Sayang pernah tengok ke cerita ni?," soalnya lagi.
"Tak pernah, tapi orang lain kata cerita ni best," jawab Hannah sebelum mendarat kan kepalanya ke bidang suaminya. Tangannya pula memainkan peranan memeluk Noah. Entah kenapa, berasa selesa dengan keadaan sekarang.
"Iye?," tutur Noah perlahan seraya tangannya mengusap belakang kepala isterinya dengan lembut. Hannah mengangguk. Wajahnya disembamkan pada bidang suaminya sementara matanya menatap ke arah skrin tv.
"Sayang dengar diorang dua nak kahwin," Hannah bersuara dengan retina mata masih menatap ke arah skrin tv.
"Bagus lah kalau macam tu," ujar Noah. Sekadar melayankan sahaja isterinya.
Tidak lama itu, topik perbualan berhenti dek kerana masing-masing menumpukan perhatian dengan menonton drama yang sedang dimainkan di kaca tv itu.
Kadangkala gelak tawa, kadangkala muncul scene yang mampu membuatkan Hannah tersenyum. Tidak dinafikan perkara itu sering berlaku acapkali kita menonton drama romantik bukan?
Seketika, kedengaran suara isterinya tersedu-sedan. Macam ni lah kalau orang emosi layan drama mungkin? Datang sahaja part sedih mesti laju je air mata turun.
Telapak tangan Noah menghalang skrin tv daripada terlihat oleh isterinya. Blanket yang digunakan untuk menyelimutkan tubuh isterinya ditarik lalu mengesat air mata Hannah.
Perhatian nya kini bukan pada skrin tv sebaliknya pada isterinya.
"Nak Bie skip ke scene ni?," tanya Noah. Sejujurnya, dia tak suka melihat air mata isterinya jatuh semudahnya.
Hannah menggeleng laju. Noah yang sudah bersedia untuk skip ke scene seterusnya melepaskan remote tv perlahan. Iya kan sahaja permintaan isterinya untuk tidak melanjutkan perbuatannya.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Romance𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...