Sut hitam miliknya dilepaskan dari tubuh lalu tubuh kecil Reina diselimutkan perlahan-lahan. Redup matanya melihat Reina yang sedang tidur itu. Pergelangan tangan King dipegang erat oleh Reina. Terbit rasa kasihan pada wanita itu.
Doktor dan jururawat mengambil masa kira-kira setengah jam untuk tiba merawat King. Tiba sahaja doktor dan jururawat di muka pintu, Mika menegah keras. Bengang dengan tindakan doktor yang tiada pabila berlaku kecemasan sebentar tadi.
Berkat Mika yang tidak berputus-asa melakukan kaedah cpr dan juga memberikan rawatan kepada King, kini King sudah stabil. Tetapi masih belum sedarkan diri.
Mata yang terasa berat sedaya upaya dibuka perlahan-lahan. Sinaran yang terpancar daripada jendela sedikit sebanyak membuatkan dia berdesis perlahan.
Matanya mula melihat satu figura manusia berpakaian serba hitam yang berada disisi katil suaminya. Tindakan seseorang itu sangat mencurigakan sehinggakan langsung tidak mempedulikan dia disini.
"Hey! Awak buat apa ni?!," tegur Hannah seraya menepis lelaki itu dengan kasar. Lelaki itu langsung tidak mengambil peduli sebaliknya meneruskan tindakannya.
Laju alat picagari ditekan, menyalurkan suatu cecair putih ke dalam salur pernafasan Noah. Tindakan lelaki tidak dikenali itu membuatkan Hannah terkedu. Bahkan dia tak sempat menghalang.
Picagari yang digunakan tadi diberikan pada Hannah sebaik sahaja dia melakukan tugasnya yang satu itu. Dia mengukir senyuman sinis.
"Kau tak dapat selamatkan dia. Kau dah bunuh dia," ucapnya kemudian melirik ke arah Noah yang sudah tidak bernyawa itu.
"Saya tak bunuh dia.." ujar Hannah perlahan. Tersangat tidak dapat menerima butir kata yang meluncur keluar daripada mulut lelaki itu.
Lelaki itu hanya mengukir senyuman kemenangan sebelum melangkah keluar meninggalkan bilik itu.
Kelibat figura manusia dilihat dengan tangan yang terketar-ketar memegang alat picagari. Perlahan matanya turun melihat picagari yang berada di tangan sebelum matanya menatap Noah yang kaku tidak bernyawa.
"No, saya tak bunuh dia. Tak, saya tak bunuh dia.." ucapnya beberapa kali. Mesin ventilator diliriknya dengan satu kenyataan yang dia tak boleh percaya.
"Bie.." panggil nya. Air mata sudah bergelinang turun. Lengan suaminya disentuh, cuba menyedarkan Noah yang sudah tidak bernyawa itu.
"Please wake up please.." sayunya. Tapi hampa, tiada tindak balas daripada suaminya.
"Reina, hey wake up! Wake up!," tegur K. Sebelah bahu Hannah dikoncangnya perlahan supaya Hannah bangun dari tidur.
"Bie.. please jangan tinggalkan sayang please..." ucap Hannah dengan tangisannya.
YOU ARE READING
Mrs. Noah : My Dear Reina
Storie d'amore𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...