𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂
𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadika...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Daun pintu dihempas kuat. Langkahnya diatur menghampiri seseorang yang masih lena dibuai mimpi diatas katil. Dengan perangai tak semengah nya, selimut yang menyelimuti sekujur tubuh yang masih lena itu ditarik kasar.
“Woi babi, bangun!,” hanya dengan suaranya sahaja memecahkan suasana yang hening itu.
“Bangun sial!,” bahu gerangan yang masih lena itu ditenyehnya untuk beberapa kali.
Lee memisat sebelah matanya dek kerana merasa tidurnya terganggu. Matanya dikecilkan. Terasa kehadiran Hans itu menjengkelkan baginya.
“Babi kau asal tidur kat sini? King mana? Reina mana?,” soalnya. Lee kembali memejamkan matanya. Ingatkan apa lah tadi. Kacau orang nak tidur saja!
“Woi jawablah! Diorang pergi mana? King dah sedar ke? Takkan lah. Mustahil King dah sedar. Takkan dia nak keluar dengan mata tertutup?,” tak semena-mena kepalanya disekeh oleh K tatkala mendengar butir kata yang keluar dari mulut rakannya sorang itu.
“Auuch!!,” Hans mengaduh sakit. Tak ada ribut tak ada angin tiba-tiba sahaja kepalanya disekeh oleh K. Dah kenapa!
“Sakit siut! Kau dah kenapa tiba-tiba je nak sekeh kepala orang,” jelingnya tajam tanda tidak puas hati.
“Tak kau boleh tak jangan kacau orang tu nak tidur. Bising betul. Dia tu baru je nak lelap mata,” terang K. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dirinya kurang senang dengan tingkah Hans yang tak semengah itu.
“Yang dia ni tidur kat sini dah kenapa? Yang aku risau nya ni King mana? Reina. Reina pergi mana?,” Hans mengerling ke arah Lee yang sudah lelapkan mata tidur. Makin membimbangkan, ketiadaan King dan juga Reina didalam bilik itu membuatkan dia semakin gusar. Kemana pergi kedua-dua orang itu.
King masih belum sedarkan diri. Macam mana pula boleh tiada? Atau King sudah ditukarkan ke hospital lain tanpa pengetahuan dia? Agaknya.
“Eh kau tahu King dengan Reina pergi mana? Reina mana?,” soal Hans masih tertanya-tanya.
“Diorang balik Villa lah. King pun dah discharge,” terang K selamba. Tak semena-mena wajah Hans bertukar kaget tatkala mendengar butir kata yang meluncur keluar dari mulut K tadi.
“SERIUS LAH!!,” membuntang biji mata Hans dek kerana tidak percaya. Tiada angin tiada khabar tidak mungkin King sudah sedar. Tak mungkin lah!
“Iye..diorang dah balik Villa. Dia balik dengan Reina,” K menekan kan lagi butir katanya supaya rakannya faham.
“Tak payah nak tipu lah. Kat mana King sekarang hah?,”