| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 73 |🥀: cuties

1.2K 65 11
                                    

              Kedengaran bunyi rengekan kecil yang terhasil dari bayi yang sedang tidur lena itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedengaran bunyi rengekan kecil yang terhasil dari bayi yang sedang tidur lena itu. Sementara sebelahnya pula elok sahaja diam tidak menangis.

              "Eeee.... comelnya awakni, Arin," omel Noah sendiri seraya jarinya mencuit pipi tembam bayi itu. Sebijik ikut iras muka isterinya. Pipi tembam, bibir tu ikut sama macam Hannah. Mungil. Kulit putih. Sementara anak matanya pula ikut sama seperti dia. Hijau-kebiruan. Sekali imbas, sudah seperti anak orang putih sana. Rambut pula hitam keperangan.

Kedua-dua bayi kembar itu benar-benar iras. Kalau tengok sekali, susah nak kenal pasti mana satu Arin, mana satu Aireen.

Aireen yang sedang tidur lena itu diperhatikan seketika. Nak bezakan senang sahaja. Arin behave sahaja tak banyak ragam manakala Aireen pula banyak ragamnya. Aireen kalau bangun, merengek nangis. Tapi yang lucunya, Aireen kalau nangis Arin pun ikut sama nangis. Tak boleh tengok si kakak nangis, mesti dia pun nak ikut jugak nangis.

              "Arin sayang dah bangun. Shh... jangan kejutkan kakak tau dia tengah tidur tu.." omelnya sendiri seraya membuat isyarat tangan ke bibir tanda untuk tidak mengganggu kembar yang lagi sorang yang sedang lena tidur itu. Seakan mengerti akan hal itu, Arin sekadar tersengih. Noah tidak dapat menyembunyikan senyumannya lagi. Tidak lekang senyumannya dek kala melayan teletah bayi kecil yang baru lahir itu.

              "Alolooo.... come, daddy main dengan awak yee.." geram dengan kecomelan Arin itu, perlahan-lahan dia menggendong Arin dengan berhati-hati.

"Ta ta ta.... TAAA!.." dia bermain-main dengan Arin. Arin tertawa-tawa dengan gurauan Noah terhadapnya dengan menutup matanya lalu tersenyum buat si kecil. Dicuit sekali hidung si kecil dek kerana geram dengan kecomelan bayi itu.

"Tck, yayang manjakan dia sangat," desis Hannah sementara retina matanya tidak lepas memerhatikan suaminya yang sedang bermain dengan Arin. Jauh disudut hati terasa cemburu dengan suaminya yang terlalu manjakan si kembar. Tengok lah, ceria betul muka layan si Arin.

"Sayang? Sayang dah bangun? Sayang tengok Arin ni. Comel kan dia? Macam sayang!," dia memangku Arin ditangan seraya menggomol Arin dengan geram. Hannah senyum sebaris melihat betapa obsesnya suaminya dengan si kembar. Comel betul.

"Suka lah kan yayang baby twin kita dua-dua perempuan," dia mengerling ke arah Noah yang sedang bermain dengan Arin dengan senyuman senget. Tengok dari riak muka dia tahu yang suaminya gembira sangat-sangat jantina bayi kembar mereka perempuan. Manjakan sangat si kembar. Sorang lagi belum bangun, nanti dah bangun bergelut lah dengan daddy dia nakkan perhatian daddy dia tu.

Noah tidak menjawab akan hal itu sebaliknya hanya mempamerkan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Langkah diatur menghampiri isterinya lalu dia duduk di tirai katil. Dia menundukkan sedikit tubuhnya sedikit lalu menunjukkan Arin kepada Hannah supaya isterinya dapat melihat si bayi dengan jelas memandangkan tingkah isterinya kini terbatas. Tidak boleh banyakkan bergerak dek kerana bersalin c-zer.

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now