| 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 48 |🥀: Future Plan🌌

1.3K 85 5
                                    

               Pergelangan tangan Noah diraih olehnya membuatkan Noah tayang wajah kagetnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Pergelangan tangan Noah diraih olehnya membuatkan Noah tayang wajah kagetnya. Terkejut dengan tindakan seseorang yang meraih tangannya secara tiba-tiba. Segera, dia menoleh. 

Dan lebih mengejutkan lagi, isterinya berada dihadapannya.

               “Sayang?,” alis mata Noah terangkat. Terkejut dengan kehadiran isterinya yang meraih tangannya.

Semua mata kini tertumpu ke arah mereka berdua. Tanpa sebarang butir kata, dia membawa Noah ke bilik rehat. Mata-mata yang melihat mereka kini dibiarkan tidak dipeduli.

Dia tak peduli apa pandangan dia kini bersama lelaki asing bersama dengannya. Dia tak kisah. Jikalau orang nak tahu hubungan dia dengan suaminya lagi dia peduli. Biar semua orang tahu ‘handsome guy’ yang semua orang duk kecoh-kecoh semua tu adalah suami dia. Lagi tenang dia kalau para wanita tak kacau suami dia.

Daun pintu dihempas kuat oleh Hannah membuatkan bahu Noah terhinjut melihat perubahan sikap isterinya. Siapa sahaja tak terkejut tiba-tiba sahaja mengamuk tak tentu pasal.

               “Sayang? Kenapa ni?,” tanya Noah perlahan. Selangkah demi selangkah langkahnya diatur menghampiri Hannah lalu tubuh isterinya didakap erat. Belakang tubuh Hannah diusapnya lembut cuba meredakan suasana hati isterinya.

               “Hmm...” Hannah mencebik. Segala perasaan kian terasa. Nak marah ada, nak cemburu ada, nak merajuk ada, banyak lah! Perasaan yang sukar betul untuk dijelaskan.

               “Kenapa ni? Ada apa-apa jadi ke sayang?,” soalnya. Masuk kali ini kali kedua dia bertanya. Cuba mengorek apa punca yang membuatkan emosi  isterinya berubah drastik seperti ini.

Perlahan-lahan Hannah menjarakkan sedikit wajahnya dari disembamkan ke bidang Noah. Mata bundarnya kini menatap Noah dengan riak muka yang dibuat-buat. Cemburu punya pasal!

               “Diorang tu kan...” bibirnya terkumat-kamit bersuara. Noah tidak bersuara malah menatap isterinya untuk meneruskan butir kata yang tergantung itu. Alis matanya terangkat, sabar menunggu isterinya menjelaskan isi hati.

               “Jahat!,” sambung Hannah seraya memuncungkan bibirnya, mempamerkan riak tidak puas hatinya.

Riak wajah Noah bertukar serius sebaik sahaja mendengar kata terakhir yang meluncur keluar dari mulut isterinya. Meh sini kroni-kroni yang buat isterinya begini. Biar kasi tunjuk ajar sikit!

               “Diorang cakap buruk pasal sayang ke?,” tanya Noah. Riak wajahnya dikawal sebaik yang mungkin.

Hannah geleng perlahan. Kening Noah mula bertaut hairan.

               “Habistu?,”

               “Diorang bagi banyak kerja dekat sayang?,”

Mrs. Noah : My Dear ReinaWhere stories live. Discover now